Motosikal / Lain Lain Roda

Sah! Skuter Adventure Honda X-ADV Akan Dikeluarkan

Honda telah mengesahkan model terbarunya iaitu X-ADV akan dijual bermula tahun hadapan. Skuter adventure itu bakal membuat penampilan pertamanya di pertunjukkan motosikal EICMA di Milan pada November ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berasaskan skuter konsep City Adventure, X-ADV menggabungkan prestasi keseluruhan, praktikaliti dan keselesaan untuk tunggangan harian mahu pun ketika hujung minggu.

Ciri-ciri yang disediakan termasuklah posisi menunggang yang tegak untuk penglihatan yang lebih jelas dan suspensi jenis long travel untuk mengatasi permukaan jalan yang tidak rata. Ia juga menawarkan cermin depan boleh laras (lima peringkat) dan ruang storan yang cukup besar untuk memuatkan sebuah helmet off-road.

Honda X-ADV 01

X-ADV akan menggunakan transmisi jenis dwi klac (dual clutch transmission), namun Honda belum mengesahkan jika skuter tersebut akan didatangkan dengan enjin 749 cc dari NC750X seperti yang hangat diperkatakan.

Previous post

Open Road Projek Oleh Toyota Diteruskan

Next post

Volvo V90 Cross Country - Bukan Wagon Biasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *