Motosikal / Lain Lain Roda

Shell Advance Memperkenalkan Pek Edisi Terhad

Shell telah mengumumkan pengenalan pek edisi terhad yang direka khas untuk empat varian minyak enjin motosikal Shell Advance iaitu Shell Advance Ultra with PurePlus Technology 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari sekarang sehingga 15 Oktober 2016, dengan setiap pembelian mana-mana produk Shell Advance tersebut, termasuk Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau edisi terhad, pelanggan berpeluang untuk memenangi dua tiket Main Grandstand untuk Shell Malaysia MotoGP 2016 yang akan berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober ini.

Untuk menjadi antara 500 pemenang bertuah, and hanya perlu lengkapkan borang penyertaan dengan menjawab soalan yang mudah, lampirkan resit pembelian dan serahkannya kepada kedai-kedai yang mengambil bahagian. Anda juga boleh menghantar penyertaan anda di www.shell.com.my/motogp bersama-sama dengan gambar resit.

Shell Advance

Menurut wakil Shell Malaysia Shairan Huzani Husain, pengenalan pek edisi terhad ini juga meraikan kepimpinan teknologi jenama itu dan penglibatan yang aktif dengan dunia perlumbaan motosikal.

Grand Prix akan datang menyaksikan Shell sebagai penaja utama kejohanan itu untuk tahun kedua berturut-turut. Ia juga menjadi sebuah platform global untuk syarikat itu mengenengahkan produk Shell Advance dan Shell V-Power.

Previous post

Mitsubishi Triton Baharu Dengan Enjin Turbo Diesel MIVEC

Next post

SIC Lancar Malaysia MotoGP 2016 - Dari 28 hingga 30 Oktober

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *