Gaya Hidup

Shell Perkenal Botol Select water2go Edisi Terhad Rekaan Cheeming Boey

Shell telah melancarkan siri botol air mineral Select water2go edisi terhad, sebagai sebahagian daripada sambutan ulantahun syarikat itu yang ke-125. Direka oleh pelukis tempatan Cheeming Boey, air botol edisi terhad ini boleh didapati di Kedai Shell dan Shell Select di seluruh Semenanjung Malaysia pada harga RM1.70 sebotol.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Terdapat enam reka bentuk yang ditawarkan dan setiap satu menggambarkan pencapaian Shell selama beroperasi di negara ini:

  • telaga minyak pertama di negara ini , Grand Old Lady of Miri pada tahun 1910
  • permainan trafik Shell yang dilancarkan pada 1957
  • salah satu stesen pengisian pertama di negara ini di Klang
  • pelancaran Shell V -Power di Malaysia pada tahun 2000
  • pelancaran ‘Welcome to Shell’ pada 2015
  • penyelidikan dan pemuliharaan Lembah Danum

Setiap reka bentuk akan menampilkan watak-watak dari siri buku Boey iaitu ‘When I Was A Kid’.

Baru-baru ini, Boey bekerjasama dengan Shell dalam projek seni ‘Meraikan 125 Tahun’, yang bertujuan menghasilkan dua mural yang menggambarkan warisan budaya Malaysia. Mural pertamanya iaitu ‘Early T.V.’ yang terletak di Kelantan menggambarkan permainan wayang kulit manakala mural keduanya yang terletak di Johor Bahru menggambarkan warisan beca.

Image 3 - The limited edition Select water2go bottles

Selain itu, Shell juga bekerjasama dengan kedai buku MPH untuk pertandingan eksklusif, di mana pelanggan yang membeli mana-mana buku ‘When I Was A Kid’ di kedai-kedai Shell Select terpilih berpeluang memenangi beg edisi terhad yang direka dan ditandatangani oleh Boey sendiri.

Untuk menyertai, anda dikehendaki menulis nama penuh dan nombor telefon di belakang resit pembelian dan masukkannya ke dalam kotak peraduan di mana-mana kedia terpilih antara 1 September hingga 30 November 2016.

Untuk senarai penuh kedai yang menyertai peraduan ini, sila layari www.shell.com.my/water2go.

 

 

 

 

 

Previous post

Adakah Ini BMW 5-Series 2017???

Next post

Ini Dia Audi A5 Sportback Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *