Motosikal / Lain Lain Roda

SIC Lancar Malaysia MotoGP 2016 – Dari 28 hingga 30 Oktober

Sepang International Circuit (SIC) telah melancarkan secara rasmi Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix atau Malaysia MotoGP yang akan diadakan dari 28 hingga 30 Oktober. Selain dari perlumbaan kedua terakhir untuk musim ini, ia juga adalah kejohanan Malaysia MotoGP edisi ke-26.

Pelancaran di Nu Sentral hari ini dihadiri oleh YBhg Dato’ Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif SIC dan wakil dari Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

MotoGP tahun ini menjanjikan hujung minggu yang padat dengan program-program yang menjadi kegemaran pengunjung seperti sesi autograf, pertunjukkan stunt, peluang menaiki ‘safety car’, lawatan ‘pit lane’ dan juga karnival mega dengan lebih 80 gerai.

Program-program baru yang akan disajikan termasuklah aktiviti berbasikal bersama pelumba, perlawanan sukan antara pelumba dan atlit-atlit Malaysia, forum peminat, acara ‘Watch the Race from the Sky’, dan juga konsert Rockaway selama dua hari yang menampilkan barisan artis seperti Scorpions, Wings, Wolfmother dan banyak lagi.

Beberapa minggu sebelum perlumbaan itu, SIC juga akan mengadakan aktiviti seperti sesi menonton perlumbaan MotoGP secara langsung di The Podium by Daun di Sri Hartamas, serta peraduan-peraduan dengan hadiah menarik.

SONY DSC

Harga tiket bermula dari RM42.40 untuk zon C2 hingga RM318 untuk pas Premier Roving. Tiket untuk Main Grandstand dan K1 Grandstand masing-masing adalah pada RM212 dan RM116.60. Namun begitu, tiket untuk Grandstand F dan pas Club Suite telah habis dijual.

Kawasan ‘tribune’ istimewa juga disediakan dengan harga bermula dari RM74.20 untuk kawasan pasukan Drive M7 SIC, RM169.60 untuk kawasan Valentino Rossi dan RM265 untuk Marc Marquez.

Untuk pengalaman menonton yang lebih mewah, peminat boleh membeli pas MotoGP VIP Village. Peminat juga boleh membeli makanan dan minuman serta pakej pengangkutan bersama-sama dengan tiket perlumbaan mereka. Untuk mendapatkan tempat parkir, peminat boleh membeli tiket secara online pada harga bermula dari RM10. Diskaun 50% juga disediakan untuk pengunjung OKU.

Untuk maklumat lanjut, layari www.sepangcircuit.com dan ikuti SIC di Facebook di www.facebook.com/sepanginternationalcircuit.

 

 

Previous post

Shell Advance Memperkenalkan Pek Edisi Terhad

Next post

Mercedes Rancang 9 Kereta Eletrik Untuk Menyaingi Tesla

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *