Berita Auto

Volvo V90 Cross Country – Bukan Wagon Biasa

Barisan kenderaan Siri 90 Volvo akhirnya lengkap dengan pengenalan model terbaru iaitu V90 Cross Country. Diperkenalkan buat pertama kali hampir 20 tahun lalu, tidak keterlaluan untuk mengatakan yang model Cross Country telah membuatkan jenama itu sinonim dengan prestasi lasak dalam pelbagai jenis cuaca.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menggunakan resepi yang sama, V90 Cross Country ditinggikan sedikit dan dipasang dengan kemasan plastik di bahagian tepi badan dan fender, serta rekaan bampar hadapan dan belakang yang sedikit berlainan dengan skid plate aluminium. Hasilnya, ia tampil lebih besar dan gagah berbanding dengan V90.

Volvo V90 Cross Country 03

Tiada maklumat rasmi berkenaan enjin dan transmisi V90 Cross Country, namun kami menjangkakan ia akan tampil dengan rangkaian kuasa yang sama dengan model siri 90 yang lain dengan tambahan pacuan empat roda.

Volvo V90 Cross Country 02

 

Menurut Volvo, model tersebut diuji di negara kelahirannya iaitu Sweden, di mana cuaca sejuk dan 77 peratus permukaan bumi yang terdiri dari tasik dan hutan menjadikan ia tempat paling sesuai untuk ujian ketahanan. Kenderaan itu turut di uji di gurun panas di Arizona, Amerika Syarikat.

Volvo V90 Cross Country 04

 

 

Previous post

Sah! Skuter Adventure Honda X-ADV Akan Dikeluarkan

Next post

Kemenangan Mutlak untuk Harald Schlegelmilch di Nürburgring

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *