Gaya Hidup

Diskaun Tol 10% Di KLK Dan LPT 1 Sempena Deepavali

Sempena menyambut perayaan Deepavali yang bakal tiba, ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai

Timur Fasa 1 (LPT 1) mengumumkan insiatif berikut:

1. Diskaun tol sebanyak 10% untuk semua pengguna yang membuat bayaran secara elektronik di

KLK dan LPT 1. Diskaun ini akan ditawarkan secara 24 jam, bermula jam 12.01 pagi hari Sabtu,

29 Oktober 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

2. Mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai langkah untuk membantu

pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim

perayaan Deepavali.

0e57354b6799282a-photo

Pengarah ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein dalam satu kenyataan berkata,

pemberian diskaun tol sempena Deepavali ini bertujuan memberi peluang kepada pengguna

membuat pilihan dan menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada hari

dan waktu yang ditetapkan.

 

“Pengenalan jadual TTA sempena Deepavali pula bertujuan untuk membantu mengagihkan aliran

trafik ke waktu luar puncak, sekali gus secara tidak langsung membantu pengguna yang ingin ke

pantai timur untuk menikmati perjalanan yang selesa,” katanya.

 

Jadual TTA untuk perayaan Deepavali kali ini menyarankan pengguna dari Lembah Klang yang

ingin menuju ke Pahang pada 28 Oktober untuk memasuki KLK dan LPT 1 antara jam 1 petang

hingga 4 petang atau antara 7 malam hingga 11 malam. Pengguna yang ingin menuju ke

Terengganu dan Kelantan pula dinasihatkan memasuki lebuh raya antara jam 6 pagi hingga 11

pagi atau jam 5 petang hingga 8 malam.

 

Sementara itu, bagi pengguna dari Pahang yang ingin kembali semula ke ibu kota bermula 30

Oktober ini, mereka dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya antara jam 6 pagi hingga 10 pagi

atau 7 malam hingga 11 malam.

f65e6b287004d19e-photo

Pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya antara jam 8 pagi hingga

11 pagi atau 8 malam hingga 10 malam, sementara pengguna dari Kelantan boleh menggunakan

lebuh raya bermula jam 6 petang hingga 10 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.

 

Pengguna dinasihati untuk merujuk kepada jadual TTA di laman web ANIH Berhad di

www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter rasmi ANIH Berhad di @LPTTrafik atau

Facebook di Lebuhraya Pantai Timur.

8f81dbeb01382ab3-photo

Jadual TTA yang diperkenalkan ANIH Berhad sejak 2009, terdiri daripada cadangan perjalanan

berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan

bandar-bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia dirangka berdasarkan kepada

analisis pergerakan trafik pada waktu puncak setiap kali musim perayaan pada tahun

sebelumnya.

Pengenalan TTA bertujuan untuk membantu menyuraikan pergerakkan trafik di laluan-laluan

utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Screen Shot 2016-10-24 at 11.37.01 PM

Previous post

Bermaz Motor Raih RM625,500 Di Kejohanan Golf Amal

Next post

Clive Owen Kembali Dalam Filem BMW Terkini 'The Escape'. Tonton Di Sini!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *