Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Lancar Lima Model Baharu di Malaysia

Next Bike, pengimport dan pengedar rasmi Ducati di Malaysia, telah melancarkan lima model baru sebagai persiapan untuk menyambut MotoGP Malaysia 2016 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 28 hingga 30 Oktober ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

959 Panigale

Motosikal “supermid” ini berkongsi rekaan yang sama dengan 1299 Panigale namun menampilkan enjin yang direka untuk kegunaan harian serta prestasi di atas litar. Enjin 955 cc silinder berkembar itu kini mematuhi piawaian Euro 4 dan menghamburkan kuasa sebanyak 157 hp pada 10,500 rpm.

Ducati

Dengan berat 176 kg, 959 Panigale dipenuhi dengan pelbagai teknologi lumba seperti Ducati Quick Shift (DQS), mod tunggangan, pendikit Ride-by-Wire, ABS, Ducati Traction Control (DTC) dan Engine Brake Control (EBC).

Ducati

959 Panigale boleh didapati dalam warna tradisional Ducati iaitu merah dengan rim hitam atau Arctic White (putih) dengan rim berwarna merah. Ia berharga RM99,999.

Hypermotard 939

Ducati

Seperti sebelum ini, Hypermotard 939 juga boleh didapati dalam versi Hypermotard 939 SP dan Hyperstrada 939. Hypermotard 939 menawarkan gabungan tunggangan sport dan versatiliti, Hypermotard 939 SP dengan prestasi mengagumkan terutamanya untuk litar, manakala Hyperstrada 939 pula cukup praktikal untuk tunggangan harian serta perjalanan jarak sederhana.

Ducati

Ketiga-tiga versi berkongsi enjin yang sama iaitu Testastretta 937 cc yang menghasilkan 113 hp dan 10% lebih tork. Ia juga didatangkan dengan Ducati Safety Pack yang merangkumi ABS dua tahap (tiga tahap untuk SP), DTC dan tiga mod tunggangan – kesemuanya digabungkan dalam satu kerangka trellis.

Ducati

Harga atas jalan untuk Hypermotard 939 adalah RM70,999.

Monster 1200 R

Ducati

Versi yang paling berkuasa dan sofistikated dalam keluarganya, Monster 1200 R bermegah dengan 160 hp dan 131.5 Nm yang datang dari enjin 1,200 cc Testastretta “R” yang menghasilkan 10% lebih kuasa kuda dan 5.5% lebih tork berbanding Monster 1200 S.

Ducati

Motosikal jenis ‘naked’ ini juga dilengkapi dengan suspensi baharu, penyerap hentak stereng Ohlins, dan juga tempat letak kaki penunggang dan penumpang berasingan untuk pengalaman menunggang yang lebih mengujakan. Ia juga lebih ringan berbanding versi 1200 S dengan adanya paip ekzos baharu, rim ‘forged’ dan komponen gentian karbon.

Ducati

Boleh didapati dalam Ducati Red dan Thrilling Black, Monster 1200 R dijual pada harga bermula dari RM139,999.

Multistrada 1200 Enduro

Ducati

Dengan rim hadapan 19 inci dan rim belakang 17 inci, serta suspensi elektronik Sachs, Mulistrada 1200 Enduro sesuai untuk pengembaraan jarak jauh. Tangki 30 liternya juga membolehkan jarak tunggangan sehingga 450 km.

Ducati

Rupanya yang diperkemas digabungkan dengan pakej elektronik yang lengkap seperti Intertial Measurement Unit (IMU), Cornering ABS, Cornering Lights, DTC, Ducati Wheelie Control (DWC), Ducati Skyhook Suspension (DSS) dan untuk pertama kali bagi jenama itu, Vehicle Hold Control (VHC).

Ducati

Multistrada 1200 Enduro didatangkan dalam warna Ducati Red, Phantom Grey dan Star White. Pelanggan boleh memilih pelbagai aksesori Ducati Performance yang dibangunkan oleh Touratech seperti pakej Enduro, Touring, Sport dan Urban. Ia dijual pada harga RM129,999.

XDiavel

Ducati

XDiavel menawarkan keseronokan pada kelajuan rendah seperti sebuah motosikal ‘cruiser’ dan prestasi yang sebati dengan Ducati. Motosikal yang juga digelar sebagai ‘power cruiser’ itu dikuasakan oleh enjin Testastretta DVT 1,262 cc dengan jumlah kuasa 156 hp dan 128.5 Nm. Ia mempunyai sudut bersandar maksimum 40 darjah.

Ducati

Yang menariknya, XDiavel juga mempunyai 60 konfigurasi ergonomik berlainan dengan empat kedudukan tempat letak kaki, lima kedudukan tempat duduk serta tiga kedudukan bar hendal. Tambahan pula, pelanggan juga mempunyai pilihan sama ada untuk mendapatkan tempat duduk biasa atau tempat duduk yang lebih selesa lengkap dengan tempat bersandar.

Ducati

Ciri-ciri lain yang boleh didapati pada XDiavel termasuklah DTC, Cornering ABS, mod tunggangan, Cruise Control dan Ducati Power Launch (DPL). Ia hanya boleh didapati dalam warna hitam dengan harga RM135,999 setiap satu.

 

 

Previous post

Lamborghini Huracán GT3 Rangkul Kejuaraan Siri GT Asia

Next post

Rebat Proton Iriz Untuk Pemandu Perkhidmatan Ride Sharing Di Bawah Bajet 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *