Cuba Try

Gohed Gostan Ep 35 Cuba Try KIA Sportage GT Line

Sekali pandang, pada sudut yang kena dan lampu yang betul ada iras-iras Porsche Macan. Sebenarnya, kalau nak dibandingkan dengan mana-mana SUV yang lain Hyundai Tucsonlah yang paling sama. Saiznya, enjinnya, transmisinya sama sekali.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perbezaan yang paling ketara ialah Sportage pakai handbrake lever yang tradisional dan Tucson pakai handbrake butang eletronik yang moden dan … Sportage GT Line ini ada kelebihan paddle shifter dan tayar 19 inci.

Lampu Kia Sportage memang terang. Lampunya bukan satu yang besar tetapi ianya terdiri daripada beberapa siri lampu lampu yang kecil dan bila bersatu … boom! Macam stadium. Padahal saya rasa ianya terlalu terang dan sedikit tinggi.   Bila berada dibelakang kereta sedan yang kecil, cahaya akan melimpah masuk kedalam kabin mereka. Tetapi bila melalui jalan gelap yang tak berlampu … memang seronok.

Harga Semenanjung, Persendirian, On The Road dengan insuran dan GST: RM141,888.00

Spesifikasi

Enjin NU 2.0 MPI
Displacement 1,999 cc
Bore X Stroke 81mm x 97mm
Compression Ratio 10.3:1
Cam Type DOHC D-CVVT
Fuel Injection System Multi Point Injection
Max Power 114 kw (155 ps)/6,200 rpm
Max Torque 192 Nm (19.6kg.m)/4,000 rpm
Bahan Api Petrol
Transmisi Torque Converter 6-Speed AT
Saiz Tangki (Liter) 62 liter

Keselamatan

Airbags Dual Front, Side & Curtain Airbag (6 Airbags)
Parking Sensor Front and Rear Parking Sensor
Child Anchor ISOFIX
TPMS Tire Pressure Monitoring System
Active Safety System Electronic Stability Control (ESC), Vehicle Stability Control (VSM) Anti-Lock Braking System (ABS), Hill-Assist Control (HAC), Emergency Stop Signal (ESS)

Screen Shot 2016-10-10 at 12.36.52 AM

Previous post

Hanya Mercedes Benz Alami Pertumbuhan Jualan

Next post

Pandu Uji: Mazda CX-5 2.2L SkyActiv-D

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>