Gaya Hidup

Hanya Mercedes Benz Alami Pertumbuhan Jualan

Tidak hairan, jenama kereta mewah Mercedes Benz adalah satu-satunya jenama kereta (dalam setiap segmen kereta di negara ini) yang mempunyai pertumbuhan jualan yang sihat sejak beberapa bulan yang lalu. Dengan lebih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kurang wang perbelanjaan setiap akhir bulan kerana kos sara hidup yang meningkat, tidak kurang juga orang yang berjaya membawa pulang Mercedes Benz baharu tanpa perlu bimbang terlalu banyak tentang ansuran bulanan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada akhir Ogos 2016, Mercedes Benz Malaysia mencatatkan peningkatan yang sihat dengan 692 unit diserahkan manakala yang lain di pasaran menyaksikan kejatuhan dalam jualan daripada semua segmen.

mercedes-amg_cla

Kami percaya sebahagian daripada pertumbuhan jualan ini perlu dikreditkan kepada Mercedes Benz Malaysia yang menawarkan pembiayaan yang amat menarik. ‘Agility Financing’  dari Mercedes menyediakan, pelan pembiayaan yang senang dan mudah untuk semua model Mercedes Benz yang ditawarkan.

Sebagai contoh, pelanggan boleh membiayai Mercedes Benz CLA generasi baharu dengan hanya RM3,088 sebulan dengan ketenangan fikiran melalui Pembiayaan Agility dengan tahun pertama Insurans Motor Komprehensif.

Agility Financing oleh Mercedes-Benz Financial memberi kuasa kepada pelanggan dengan aliran tunai dan pilihan akhir-perjanjian yang fleksibel berserta ansuran bulanan yang lebih rendah. Ini termasuklah pilihan untuk menyelesaikan atau melanjutkan perjanjian pembiayaan, atau kembali kenderaan mereka dan menaik taraf kepada model yang lebih baru pada akhir perjanjian.

 

Previous post

Mazda MX-5 RF Mula Produksi

Next post

Gohed Gostan Ep 35 Cuba Try KIA Sportage GT Line

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *