Motosikal / Lain Lain Roda

Shell Lanjutkan Tajaan MotoGP Malaysia Sehingga 2020

Shell telah mengesahkan yang ia akan melanjutkan tajaan MotoGP Malaysia untuk tempoh empat tahun lagi sehingga 2020.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini sekaligus mengesahkan komitmen syarikat gas dan petroleum itu terhadap sukan bermotor di rantau Asia. Menyambut ulangtahun ke-125 di negara ini, Shell telah menjadi penaja utama perlumbaan itu sebanyak tujuh kali daripada lapan musim sejak 2009.

Keputusan itu juga mengukuhkan kedudukan Shell sebagai rakan teknikal pasukan Ducati Corse. Kerjasamanya dengan pengeluar motosikal dari Itali itu bermula sejak 2003, di mana Shell menjadi pembekal minyak enjin Shell Advance Ultra dengan teknologi PurePlus.

The Malaysian MotoGP provides excellent exposure to Shell brands such as...

Pengerusi Shell Malaysia iaitu Datuk Iain Lo berkata, “Kerjasama dengan SIC mengukuhkan komitmen kita bukan hanya untuk masa depan sukan tersebut, tetapi juga kepada negara dan rantau. Kami berharap untuk menaikkan nama Malaysia bukan hanya sebagai venue sukan, tetapi sebagai hab untuk aktiviti permotoran bertaraf dunia.”

Sementara itu, Pengarah Urusan Area Komersial Dorna Sports yang merupakan pemeganga hak MotoGP berkata, “Hujung minggu MotoGP di Sepang sentiasa menjadi sambutan istimewa dalam sukan permotoran dua roda. Melihat gergasi global seperti Shell kembali sebagai penaja utama adalah sesuatu hebat untuk Shell, MotoGP dan Dorna Sports.

Previous post

Kempen Perkhidmatan Khas Gantian Modul Inflator Airbag Penumpang Dalam Toyota Vios, Corolla Altis, Alphard Dan Yaris

Next post

APM Dan Delta Kogyo Tandatangani Perjanjian Untuk Pemasangan dan Pengeluaran Tempat Duduk Mazda di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *