Motosikal / Lain Lain Roda

161,553 Hadiri MotoGP Malaysia 2016

Hujan selama tiga hari berturut-turut nyata tidak menjadi penghalang buat 161,553 pengunjung yang menghadiri perlumbaan Malaysia MotoGP 2016 baru-baru ini. Catatan itu melepasi jumlah rekod tahun lepas iaitu sebanyak 150,563 orang penonton.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) iaitu Dato’ Razlan Razali, peningkatan dalam jumlah penonton merupakan satu tanda baik bagi pertumbuhan MotoGP di Malaysia.

Image 1 (1)

SIC telah memperbaharui kontrak bersama Dorna untuk menjadi tuan rumah MotoGP sehingga 2021, manakala Shell kekal sebagai penaja utama perlumbaan itu sehingga 2020.

Image 6 (2)

Selain dari perlumbaan sengit, pengunjung-pengunjung juga disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari tersebut seperti Watch The Race From The Sky dan konsert Rockaway yang menampilkan artis-artis seperti Scorpions, The Darkness dan Wings. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga berpeluang mendapatkan pelbagai cenderamata daripada 80 gerai yang disediakan.

Image 7

 

 

Previous post

Isuzu Malaysia Taja Borneo Safari Untuk Tahun ke-10 Berturut-turut

Next post

Bonus Super Akhir Tahun dari Mitsubishi Motors Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *