Berita Auto

GreenTech Malaysia Perincikan Program Khas Tesla Model S

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) menjelaskan bahawa Tesla Model S yang dibawa masuk melalui Program Khas Tesla tidak dijual oleh badan itu dan program tersebut tidak dibuka kepada orang ramai.

Menurut GreenTech Malaysia lagi, ia bukan ejen atau pengedar sah bagi Tesla Motors dan tidak menjual mana-mana kenderaan Tesla. Seperti yang termaktub dalam model perniagaan konvensional syarikat pengeluar kenderaan elektrik itu, pelanggan diminta untuk berurusan secara langsung dengan Tesla untuk urusan perniagaan. GreenTech Malaysia memainkan peranan sebagai pembantu dalam program tersebut.

Di bawah Program Khas Tesla, pemilik perniagaan dan eksekutif dijemput untuk menyewa Tesla Model S untuk mengalami kelebihan dari segi teknologi dan alam sekitar melalui kenderaan elektrik (EV). Ini dijangka dapat memupuk peminat EV seterusnya membuat polisi yang dapat membantu pertumbuhan EV di negara ini.

Tesla Model S 02

Melalui pengenalan program tersebut, GreenTech Malaysia berfungsi sebagai pemangkin untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan keyakinan dalam teknologi EV bagi mewujudkan asas pasaran kenderaan elektrik domestik dengan sasaran jangka panjang untuk menggalakkan Tesla bagi menubuhkan pejabat di Malaysia.

Program tersebut dibuka kepada mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat kerajaan dan juga ahli korporat GreenTech Malaysia. Badan itu juga dalam usaha untuk memperluaskan Program Khas Tesla kepada syarikat multinasional serta syarikat tersenarai awam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dua pilihan ditawarkan iaitu ‘Lease Only’ dan ‘Lease-to-Own’. Pihak yang berminat boleh menghubungi GreenTech Malaysia atau lawat www.greentechmalaysia.my/tesla100 untuk maklumat lanjut mengenai skim sewaan serta kelebihan program tersebut.

 

Previous post

Triumph Street Scrambler Dilancarkan di EICMA

Next post

Memandu Kereta Berkuasa Petrol Berbanding Diesel

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *