Gaya Hidup

Mercedes-Benz Services Malaysia Lantik Mike Ponnaz Sebagai Pengarah Urusan

Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (MBSM) telah melantik veteran industri pembiayaan automotif, Mike Ponnaz, sebagai Pengarah Urusan barunya berkuat kuasa 1 November 2016.

“MBSM telah mencatatkan prestasi memberangsangkan dan membina portfolio perkhidmatan suku ketiga terkini berjumlah RM1.8 bilion, yang menunjukkan keyakinan pelanggan Mercedes-Benz terhadap penawaran kami. Saya bertekad meneruskan kejayaan perniagaan yang dibina oleh mantan Pengarah Urusan MBSM, Hilke Janssen, sepanjang tempoh empat tahun yang lepas,” kata Mike Ponnaz.

Mike Ponnaz mempunyai pengalaman menjangkau 23 tahun dalam industri automotif, dengan 10 tahun secara khusus dalam pembiayaan automotif, dan sebelum ini merupakan Pengarah Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Financial Services Thailand. Sebelum mengembangkan kerjayanya dalam bidang pembiayaan automotif, Mike Ponnaz pada asalnya melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan hotel.

Mike Ponnaz sentiasa terlibat dengan jenama Mercedes-Benz sejak permulaan kerjayanya dalam sektor automotif pada 1993. Perjalanan kerjayanya bermula apabila beliau menyertai Thonburi Automotive Assembly Plant Co. Ltd, pengimport dan pemasar komponen kenderaan Mercedes-Benz, di Thailand. Beliau menyandang jawatan pertamanya sebagai pengurus projek untuk memperkenalkan alat tukar ganti AMG ke pasaran dan juga menguruskan pelaburan yang diunjurkan bagi aktiviti sukan motor jenama ini di rantau Asia Tenggara.

Mike Ponnaz mencapai mercu jaya dalam kerjayanya apabila memainkan peranan utama menguruskan proses penyusunan semula besar pada 1998 bagi sebuah syarikat yang pada waktu itu merupakan pengedar am bagi Mercedes-Benz. Beliau bertanggungjawab mengendalikan hal-ehwal kontrak dengan semua pihak berkepentingan tersebut termasuk pemiutang, serta penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Sebagai peneraju perniagaan baru ini, Mike Ponnaz telah mengetuai syarikat sehingga menguasai 30 peratus bahagian pasaran bagi jualan kereta Mercedes-Benz dan 45 peratus bahagian pasaran bagi perniagaan lepas jualan di Thailand. Ini dicapai menerusi rangkaian jualan komprehensif meliputi lima autohaus utama yang dibina dalam masa dua tahun, yang membantu meningkatkan jualan keseluruhan bagi kereta Mercedes-Benz di Thailand.

Sumbangan positif Mike Ponnaz telah menarik perhatian Pengarah Urusan Mercedes-Benz Financial Services Thailand, yang seterusnya memberi peluang kepada beliau untuk menerajui bahagian jualan dan pemasaran syarikat itu. Mike Ponnaz menganggap peluang tersebut sebagai satu saluran yang amat menarik untuk membina ilmu dan pengalaman di seluruh rantaian nilai automotif.

Menerangkan gaya kepimpinannya, Mike Ponnaz menganggap dirinya sebagai pemimpin yang tenang dan teratur yang memastikan jangkaannya dinyatakan dengan jelas. Beliau juga menganggap dirinya sebagai ahli pasukan yang bercita-cita tinggi dan amat yakin bahawa kerjasama sepasukan bukan semata-mata kerja berkumpulan malah lebih kepada bekerja dengan sifat saling meyakini. “Matlamat saya ialah untuk memastikan kakitangan memberikan yang terbaik, memperkasakan mereka di mana sesuai dan bersama-sama meneroka peluang baru untuk mencapai pertumbuhan berterusan,” jelas beliau.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mike Ponnaz mengenali dua budaya berbeza semasa membesar sebagai remaja di Bangkok dengan ibu keturunan Thai dan bapanya dari Switzerland. Beliau memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Sasin Graduate Institute of Business Administration, yang merupakan program bersama dengan Kellogg University dan Wharton.

Previous post

Toyota Vios Baharu Kini Dengan Warna Premium Menyerlah

Next post

Pesanan Kini Dibuka Untuk Toyota Innova Serba Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *