Motosikal / Lain Lain Roda

Pelbagai Catatan Rekod Pertama Kali Dalam MotoGP Shell Malaysia Tahun Ini

MotoGP Shell Malaysia 2016 yang berlangsung baru-baru ini merupakan acara yang tidak dapat dilupakan bagi kumpulan peminat yang kian ramai dan juga Shell Advance.

Kemenangan pelumba Ducati Corse, Andrea Dovizioso buat pertama kalinya dalam MotoGP dalam tempoh tujuh tahun menyempurnakan acara bagi jenama minyak enjin motosikal yang paling laris di Malaysia ini.

Bikers waiting for their turn for oil change after the 2016 Shell Malays...

Shell Advance telah memutuskan untuk mendekati ribuan peminat MotoGP yang juga pemilik motosikal dari serata Malaysia yang telah turun ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu tersebut menerusi “Shell Advance Ride-Thru Service” yang pertama seumpamanya bagi motosikal di bawah 250cc.

Pada penghujung ekstravaganza perlumbaan motosikal selama tiga hari itu, lebih daripada 1000 penunggang motosikal mengambil peluang untuk mendapatkan servis motosikal serta pek minyak enjin motosikal premium Shell Advance di Shell Advance Ride Thru Service yang ditawarkan buat julung kalinya.

Queuing up for the Shell Advance Ride Thru Oil Change service at the 201...

Ramai yang menyatakan penghargaan mereka di atas servis yang diberikan secara percuma itu untuk mempersiapkan mereka menghadapi perjalanan yang jauh di samping mengharapkan perjalanan pulang yang lebih lancar dan penuh kuasa dengan Shell Advance.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Alex Lim berkata program pada tahun ini telah bermula dan berakhir dengan begitu hebat sekali bagi Shell Advance.

The first-ever Shell Advance Ride Thru Oil Change was popular with biker...

“Sebelum hujung minggu perlumbaan, pasukan Ducati telah bersetuju untuk mengadakan lawatan yang tidak pernah diadakan sebelum ini ke pusat bengkel motosikal di Jalan Sentul untuk melawat rakan niaga kami. Kami juga dapat mengumumkan pelanjutan tempoh penajaan selama empat tahun bagi tajaan utama MotoGP Malaysia oleh Shell Malaysia hingga tahun 2020.

Akhirnya, kami dapat meraikan kemenangan bersejarah Ducati di litar. Dari situ, kami juga mencatatkan rekod jualan serta kejayaan besar dalam program penukaran minyak yang memberi peluang kepada para penunggang motosikal untuk mencuba minyak yang membawa kemenangan kepada Ducati,” katanya.

Shell Malaysia Trading MD Shairan Huzani Husain (left) speaking with a m...

Sempena sambutan yang ke-125 tahun warisan Shell di Malaysia, kerjasama yang berterusan di antara syarikat ini dengan SIC sebagai penaja utama MotoGP Malaysia memperkukuhkan lagi komitmennya bukan sahaja untuk masa depan sukan ini, tetapi juga untuk negara dan rantau ini. Acara ini merupakan platform yang terbaik bagi syarikat ini dalam mempromosikan produknya seperti jenama bahan api premium V-Power dan barisan minyak motosikal premium Advance.

Previous post

Abarth 695 Tributo XSR, Edisi Teramat Terhad

Next post

'Pilota Ferrari Around the World' Muncul Semula Ke Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *