Berita Auto

Mercedes-Benz S-Class Coupe Kini Boleh Didapati Dengan Pakej Night Edition

Mercedes-Benz telah memperkenalkan S-Class Coupe Night Edition, yang akan mula memasuki pasaran Eropah pada April tahun hadapan, diikuti oleh pasaran Amerika Syarikat pada Ogos.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ditawarkan dalam varian S 400 4MATIC Coupe, S 500 Coupe and S 500 4MATIC Coupe, siri Night Edition akan ditayangkan buat pertama kali di Detroit Auto Show pada Januari 2017.

??????????

Antara ciri unik yang terdapat pada S-Class Coupe Night Edition termasuklah gril radiator dalam warna hitam berkilat dan rim aloi ringan AMG bersaiz 20 inci. Rim tersebut menampilkan warna hitam serta kemasan berkilat pada bahagian bibir.

??????????

Ia turut menampilkan apron depan dan belakang, lencana “Night Edition” dan tulisan “Mercedes-Benz” bercahaya pada bahagian ambang pintu. Kemasan warna Selenite Grey Magno yang anda lihat di sini menampilkan pigmen kesan khas berkualiti tinggi dan ditawarkan sebagai pilihan.

??????????

 

Previous post

Pembinaan Kemudahan Aston Martin Baharu Bermula

Next post

BMW M550i xDrive Hanya Perlukan 4 Saat Untuk Pecut Dari 0 - 100 KM/J

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *