Berita Auto

Perlumbaan Penuh Aksi Selama 12 Jam Tanpa Henti

Perlumbaan Motul Sepang 12 Hours 2016 kembali ke Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini. Bermula dari 8 hingga 10 Disember, acara tersebut akan berlangsung dari tengahari hingga tengah malam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kategori yang dipertandingkan adalah kelas GT3, GTC, GT4, Sports Production, Touring Production, TC dan Marc yang disertai oleh pasukan-pasukan ternama dari Amerika Syarikat, Australia, Eropah serta Asia. Juga jangan terlepas peluang untuk menyaksikan kereta-kereta seperti Porsche 911 GT3R, McLaren 650S GT3, Audi R8 LMS dan Lexus RC350.

Jenama-jenama seperti Ferrari, Mercedes, Lamborghini, Toyota, Ginetta, Honda, Subaru, Seat dan Ford turut bertanding dalam kelas masing-masing.

Image 2 (3)

Kontinjen Malaysia yang bertanding termasuklah Adrian Henry D’Silva dan Dominic Ang dari Nexus Infinity, Zen Low dari Ayelzo Ecotint Racing, Melvin Moh dari GDL Racing, dan Dominic Khoo dari Viper Niza Racing.

Selain dari aksi di litar, pengunjung juga boleh melawat Car Boot Sales Mercato yang disertai oleh 150 penjual. Pemegang pas paddock boleh menyertai acara Grid Walk dan pesta yang diadakan di bahagian rooftop.

Image 3 (3)

Sesi latihan bebas akan diadakan pada hari Khamis dan Jumaat, manakala sesi kelayakan pada hari Jumaat. Acara ‘flag-off’ pula akan diadakan pada hari Sabtu. Masuk adalah percuma.

 

Previous post

Ford Ranger Terima Anugerah NCAP Grand Prix ASEAN

Next post

Honda MSX 125 Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *