Cuba Try

Gohed Gostan Cuba Try Ep 39 Honda Accord 2.4 VTi-L

Honda Accord terkini ini adalah generasi yang ke-9. Ianya dikemas kini pada bulan September 2016. Enjin sama. Enjin i-VTEC datang dengan Earth Dreams Technology Honda yang membolehkan ia untuk menyampaikan kuasa linear dan bukan kuasa yang tiba tiba meletup dan cara ini amat menjimatkan.

Walaupun transmisi 5-kelajuan ini sudah agak tua tetapi ia masih boleh berkerja dengan baik dan kami percaya ramai yang lebih menyukai susunan ini berbanding CVT.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Screen Shot 2017-01-01 at 11.37.08 PM

Honda Accord ini dari dulu sampailah sekarang masih kekal dengan keselesaannya dan kemewahannya. Tunggangan dan kelancaran enjin juga semakin mantap. Walaupun bersaiz besar bila dipandu ianya berasa ringan dan agak lincah sambil masih boleh menjamin kestabilan dan terasa kukuh.

Screen Shot 2017-01-01 at 11.37.40 PM

Walaupun ia tidak banyak berubah dari segi enjin dan tunggangannya rekabentuk penampilannya banyak mendapat pembaharuan.  Model terbaik Honda Accord ialah varian yang ini,  2.4 VTi-L dan dia lah yang mendapat banyak perubahan. Di hadapan, Dynamic LED reflectors dengan LED Daytime Running Lights. Turut di kemas kini, gril dan bumper.

Screen Shot 2017-01-01 at 11.41.11 PM

Penutup but dan bumper belakang juga baharu. Lampu LED berkombinasi  belakang moden mencerminkan standard yang ditetapkan oleh Civic awal tahun ini. Rim 18 juga dikemaskini.

Screen Shot 2017-01-01 at 11.41.00 PM

Di bahagian dalam,  instrument cluster baharu, trim hitam berkilau seperti hitam piano tersusun kemas dan yang paling ketara ialah sistem infotainment yang telah dikemaskini menggabungkan Apple Carplay dan Android Auto.

Screen Shot 2017-01-01 at 11.40.27 PM

Honda Accord ini siap dengan Active Noise dan Sound Control. Ia menggunakan microphone dan sistem sound canggih didalam kabin untuk mematikan bunyi-bunyi yang tidak dikehendaki.  Juga di dalam, langsir tingkap penumpang belakang dan cermin besar belakang.

Screen Shot 2017-01-01 at 11.38.26 PM

Cermin tepinya jenis hydrophilic. Ianya mencegah titisan air  fmenghalang pandangan anda semasa hujan lebat. Kamera gostan 3 sudut dan juga kamera cermin tepi.

Screen Shot 2017-01-01 at 11.39.56 PM

 

Spesifikasi Honda Accord 2.4 VTi-L

Enjin Teknologi Earth Dreams, 4 silinder DOHC i-VTEC

CC 2,356

Transmisi kawalan elektronik Oto 5-Speed

Max Kuasa 175 PS @ 6200 RPM

Max Tork 225Nm @ 4000 RPM

Harga Jualan RM167,239.52

Siap dengan GST dan Insuran RM172,800 172,800.00172,800.00

Screen Shot 2017-01-01 at 11.38.57 PM

Previous post

Nissan dan Infiniti Tawar Waranti Selama 7 Tahun Tanpa Had Perbatuan

Next post

INFINITI Mendedahkan Konsep QX50 di Detroit

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>