Motosikal / Lain Lain Roda

Kawasaki Motors Malaysia Lancar 4 Model Baharu 2017

Tidak sampai sebulan memasuki tahun baru, Kawasaki Motors Malaysia mula mengatur langkah bagi terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran tempatan dengan pelancaran empat model baru bagi 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model-model tersebut – Z900, Z650, Ninja 650 dan Versys-X 250 – telah diperkenalkan secara rasmi di majlis makan malam Tahun Baru Cina Kawasaki yang diadakan pada hari ini. Penghantaran pertama dijangka bermula pada April ini.

Z900 ABS

Ahli terbaru barisan model Z ini merupakan pengganti kepada Z800 yang menampilkan enjin 948 cc empat silinder dengan 125 PS pada 9,500 rpm dan 98.6 Nm pada 7,700 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang menampilkan klac ‘slipper’.

????????

Salah satu komponen penting Z900 adalah kerangka Trellis seberat 13.5 kg yang menyumbang kepada pengendalian yang lebih lincah. Motosikal itu juga dilengkapi dengan sepit udang terbalik bersaiz 41 mm dengan fungsi “stepless rebound damping” dan “spring preload adjustability”, serta suspensi belakang mendatar.

Z900 juga didatangkan dengan ABS dan sistem brek yang terdiri dari cakera berkembar 300 mm dengan angkup empat omboh di depan dan cakera tunggal 250 mm di belakang. Ia juga dilengkapi dengan tachometer analog dengan tiga mod paparan.

????????

Z900 ditawarkan dalam warna kelabu serta biru untuk model Special Edition. Ia menampilkan grafik istimewa, penutup meter, penutup tempat duduk belakang, outlet DC, pelindung radiator, slider, serta pad tangki minyak dan lutut.

Harga anggaran: RM58,000

Z650 ABS

Pengganti kepada ER-6n dalam kategori middleweight ini disasarkan khas kepada mereka yang mahu berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi. Ia menampilkan rekaan yang hampir sama dengan Z900 iaitu gabungan postur agresif dengan elemen rekaan “sugomi”.

????????

Z650 dikuasakan oleh enjin 649 cc dua silinder yang menghasilkan 68 PS pada 8,000 rpm dan 65.7 Nm pada 6,500 rpm. Menurut Kawasaki, perhatian sepenuhnya diberikan pada aspek julat tork rendah-pertengahan untuk prestasi optimum bagi kegunaan harian.

Casisnya terdiri dari kerangka trellis seberat 15 kg yang dipadankan dengan sepit udang 41 mm dan suspensi belakang mendatar jenis “link-back”. Seperti Z900, ia juga mempunyai klac “slipper”.

????????

Z650 dilengkapi dengan cakera berkembar 300 mm di depan dan cakera tunggal 220 mm di belakang, serta ABS kompak jenis Bosch 9.1M. Ia juga mempunyai instrumen LCD dengan paparan kedudukan gear serta penunjuk tunggangan ekonomi (Economical Riding Indicator).

Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Lime Green dan Titanium.

Harga anggaran: RM37,000

Ninja 650 ABS

Secara asasnya, Z650 dan Ninja 650 merupakan motosikal yang sama yang berkongsi casis, enjin, transmisi, suspensi, brek dan lain-lain. Bezanya, Ninja 650 adalah model supersport yang dipakaikan fairing lengkap.

????????

Selain itu, ia juga mempunyai penghadang angin depan boleh laras dalam tiga kedudukan sepanjang 60 mm. Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu Lime Green dan Orange.

????????

Harga anggaran: RM38,000

Versys-X 250

Menggabungkan ciri “adventure” dengan jentera berkapasiti kecil, Versys-X 250 merupakan model entry-level dalam keluarga Versys. Antara ciri-ciri unik model ini adalah suspensi yang tinggi, bar hendal lebar serta kedudukan tempat duduk yang rendah bagi memudahkan pengendalian di atas semua jenis permukaan jalan raya.

????????

Selain itu, Versys-X 250 juga dilengkapi dengan roda bersaiz 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang), serta tayar tiub pelbagai guna dengan corak bunga, membolehkan ianya ditunggang di atas permukaan jalan tidak berturap.

Motosikal ini menampilkan enjin 249 cc dua silinder dengan jumlah kuasa 34 PS pada 11,500 rpm dan 21.7 Nm tork pada 10,000 rpm. Unit itu digabungkan dengan kotak gear enam kelajuan dengan klac “slipper”.

????????

Versys-X 250 ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Lime Green.

Harga anggaran: RM25,000

 

Previous post

Seperti Biasa Kopi Musim Perayaan Percuma dari Petronas

Next post

Tonton Resident Evil 6: The Final Chapter dan Menang Barangan BMW Motorrad

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *