Berita Auto

Nissan dan Infiniti Tawar Waranti Selama 7 Tahun Tanpa Had Perbatuan

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Inspired Motor telah mengumumkan waranti baru selama tujuh tahun dengan perbatuan tanpa had untuk model-model Nissan dan Infiniti. Tawaran waranti ini adalah sempena ulang tahun ke-60 Tan Chong Group.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Waranti tersebut melibatkan semua model Nissan kecuali pikap Navara yang dihadkan kepada 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km, manakala bagi kenderaan kegunaan komersial, waranti adalah sama seperti sebelumnya iaitu selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

Waranti 7 tahum dikendalikan sepenuhnya oleh Tan Chong Group. Ia boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya dalam tempoh jaminan itu.

Syarat waranti 5 tahun pertama adalah sama dengan waranti 3 tahun pengilang, manakala tahun ke-6 dan ke-7 adalah untuk jaminan enjin, transmisi dan bahagian alat ganti terpilih. Program waranti lanjutan untuk pemilik sedia ada akan ditawarkan tidak lama lagi.

02 7 Years Warranty with Unlimited Mileage_Infiniti Models

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, ETCM akan menghadiahkan peralatan rumah jenama Hitachi bernilai RM108,888 kepada para pemenang Januari dan Februari yang bertuah. Kempen ini merupakan hasil kolaborasi unik di antara ETCM dan Hitachi Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. yang memberi peluang kepada para pelanggan untuk memenangi pelbagai peralatan rumah apabila mereka membeli serta mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh promosi.

Sepanjang tempoh kempen ini, ETCM turut menawarkan rebat dan penjimatan menarik sehingga RM6,500 untuk model-model terpilih Nissan. Skim Bayaran Muka 0% Faedah dan Promosi RM1 juga akan diteruskan.

04 CNY 2017 Promotion Campaign

Selain itu, ETCM akan menganjurkan Karnival Tahun Baru Cina Nissan yang menampilkan barisan model Nissan dan persembahan tarian singa. Tarikh dan lokasi Karnival adalah seperti berikut:

ETCM CNY roadshow

Orang ramai turut dijemput untuk mengunjungi siri jelajah Tahun Baru Cina Nissan seperti tarikh dan lokasi berikut:

ETCM CNY siri jelajah

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88- 3838.

Untuk pelanggan Infiniti, sila layari laman web www.infiniti.com.my atau hubungi Hotline Infiniti di talian 1800-88- 3330.

Previous post

Volkswagen Mengalu-alukan Kedatangan Tahun Ayam Dengan Angpow Paling Besar Tahun Ini

Next post

Gohed Gostan Cuba Try Ep 39 Honda Accord 2.4 VTi-L

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *