Cerita Auto

Pagani Huayra Roadster Bakal Muncul di Geneva Motor Show

Apa yang anda lihat ini adalah Pagani Huayra Roadster baharu yang bakal muncul di Geneva Motor Show pada bulan Mac nanti. Foto teaser ini didedahkan melalui akaun Twitter pengeluar tersebut baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun keseluruhan kereta dipakaikan pelekat penyamaran, Huayra Roadster jelas menampilkan rekaan bampar dan lampu hadapan yang sama dengan model coupe. Namun, rekaan bumbung dikatakan diubah sedikit untuk menampung bumbung unik Huayra Roadster.

Pagani Huayra Roadster teaser 02

Foto teaser bay enjin yang didedahkan tempoh hari juga menunjukkan rekaan “cooling vanes” baharu dengan nama Pagani jelas terpampar. Info mengenai enjin masih belum diketahui namun ia kemungkinan besar akan menggunakan unit yang sama dengan Huayra coupe iaitu 6.0 liter V12.

Pagani Huayra Roadster teaser 04

Selain itu, Huayra Roadster juga akan menampilkan bahagian belakang dengan lampu dalam rekaan terkini. Menurut Pagani, ia merupakan model paling rumit pernah dibangunkan oleh syarikat itu.

Pagani Huayra Roadster teaser 03

Previous post

Proton Ditauliahkan Sebagai Pusat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Bagi Kemahiran Automotif

Next post

Nissan GT-R Beri Penghormatan Kepada India #legendarysalute

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>