Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Ego Solariz Kini di Pasaran – RM5,548

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menyambut kedatangan Tahun Ayam Api 2017 dengan pelancaran model terbaru iaitu Yamaha Ego Solariz semasa majlis makan malam tahun baru syarikat itu yang diadakan di Genting Highland.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

DSC04120

Selari dengan prinsip Yamaha iaitu Prestasi, Gaya, dan Inovasi, Ego Solariz menampilkan pelbagai ciri-ciri menarik iaitu:

  • Enjin BLUECORE 125cc dengan suntikan bahan api yang menghasilkan 9.4 hp pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm tork pada 5,500 rpm. Ia juga dilengkapi dengan lampu penunjuk ECO pada panel meter.
  • Ruang simpanan di bawah tempat duduk berkapasiti 10 liter untuk menyimpan barangan peribadi.
  • Lampu depan dan belakang bergaya yang juga meningkatkan tahap penglihatan
  • Empat pilihan warna bergaya – Iconic Blue, Popular Red, Classic-Sporty Brown dan Trendy Magenta.

DSC04134

Yamaha Ego Solariz boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula dari bulan ini dengan harga RM5,548 termasuk GST.

DSC04141

Bermula dari hari ini hingga 31 Mac, pelanggan yang membeli model terbaru itu juga akan menerima jaket eksklusif Yamaha secara percuma.

DSC04164

DSC04170

DSC04171

 

 

Previous post

Koenigsegg Memberi Penghormatan Kepada 'Purple Rain' Dengan Regera 402 km / h

Next post

Sambut Tahun Baru Cina Dengan MINI Countryman John Cooper Works Design Edition

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *