Cerita Auto

Hanya Satu Cara Untuk Membeli Suzuki Baharu di Malaysia

Suzuki sudah tutup kedai di Malaysia tahun lepas. Ini mengecewakan ramai peminat setia mereka di sini. Ini adalah sebuah syarikat kereta yang faham dengan pandangan rakyat Malaysia tentang  kereta Jepun – murah untuk dikendali, boleh dipercayai, dibina untuk tahan berdekad lamanya dan banyak pemikiran yang diberi. Reka bentuk yang sentiasa menyenangkan untuk dilihat dan tidak lebih-lebih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Lagi pun, mereka membina kereta dengan harga berpatutan tetapi masih moden.

Hari ini, mencari sebuah kereta Suzuki baharu agak rumit. Bilik pameran semuanya telah ditutup. Mungkin masih terdapat beberapa Swifts sesat atau SX4s peninggalkan stok lama, tetapi secara rasmi jenama ini tiada lagi di sini.

Bagaimana jika anda benar-benar mahu semua sifat-sifat mereka di dalam kereta? Mana boleh dicari  hari ini?

Jawapan:

Suzuki Proton Ertiga.

Ya, ia mengandungi lencana Proton. Tetapi kereta ini adalah 99.9% Suzuki. Proton hanya mengubah lencana dan menambah beberapa keping trim.

Kami uji pandunya pada hujung minggu dan mendapati kereta ini adalah pakej yang amat baik. Tiada apa-apa yang hendak diadu mengenainya memandangkan betapa rendahnya harga yang diminta.

Berapa rendahkan harga yang diminta? Pertimbangkan ini, ianya ada:

  1. Air conditioninguntuk barisan kedua.
  2. Tali pinggang keledar untuk 6, tetapi boleh muat 7
  3. Radio dengan playback USB
  4. Smart Access tempat duduk barisan ke3
  5. Effisien meletop (5 orang ke Malacca dan balik hanya RM45 (avg 6.2L/100km) petrol!)

Dengan semua itu, dan juga binaan kualiti Suzuki, mereka masih hanya meminta RM62,000!

Kebanyakan Malaysian mahu dan boleh berbelanja wang untuk sedan atau hatchback, tetapi kami menjamin Ertiga menawarkan nilai yang lebih baik.

 

Previous post

Cara Peragut Meragut Sekarang ... Jangan Percaya Sesiapa

Next post

Jurutera Mitsubishi Bekerja Keras Mengekalkan Kelebihan Mereka

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>