Berita Auto

Pelajar SMK Sultan Abdul Samad Hadapi Cabaran Dengan Caltex Havoline, ONE Championship

Segolongan pelajar SMK Sultan Abdul Samad mendapat peluang sekali dalam seumur hidup untuk berlatih bersama atlet ONE Championship melalui inisiatif komuniti yang diketuai oleh Caltex Havoline.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Duta jenama Caltex Havoline, Ev Ting bersama-sama dengan Naib Presiden ONE Championship, Rich Franklin serta atlet tempatan Agilan Thani menjalani sesi latihan bersama para pelajar bagi tujuan menguatkan semangat mereka melalui aktiviti kecergasan fizikal serta memberi inspirasi dalam menghadapi cabaran hidup.

Photo 3

Walaupun sibuk dengan persiapan menjelang kejohanan ONE: Throne of Tiger pada 10 Februari ini di Stadium Negara, atlet-atlet tersebut sempat meluangkan masa bersama para pelajar SMK Sultan Abdul Samad dan mengajar mereka beberapa gerakan di dalam gelanggang.

Photo 4

Ev juga menggalakkan golongan belia supaya berusaha keras demi mengejar impian masing-masing.

“Pelajar-pelajar ini telah menghadapi pelbagai cabaran di usia yang agak muda. Saya terus bersetuju untuk menyertai aktiviti ini kerana saya mahu melatih pelajar melalui kecergasan fizikal demi membangunkan kekuatan dan ketahanan mereka untuk mengatasi halangan dalam kehidupan,” kata Ev.

Photo 10

Selepas sesi latihan, para atlet tersebut bersama Rich sempat meluangkan masa bersama pelajar bagu menghias tamborin dengan mesej-mesej berinspirasi yang dipelajari sepanjang sesi tersebut. Koleksi ini akan dilelong di kejohanan tersebut dan kutipan akan diserahkan kepada sekolah itu bagi tujuan pembangunan golongan belia.

 

Previous post

Honda, Hitachi Jalin Kerjasama Hasilkan Motor Elektrik

Next post

Jejak Makan II ROSS II Eat Beat Ep 37 - Fresca Mexican Kitchen & Bar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *