Gaya Hidup

Toyota Prius Hibrid Plug-in Dilancarkan di Jepun

Toyota Motor Corporation mengumumkan pelancaran Prius PHV direka semula di Jepun, dan jualan akan bermula disemua pengedar Toyota, Toyopet, Toyota Corolla dan Netz di seluruh negara dari 15 Februari.

Toyota telah berusaha untuk memperkukuhkan barisan produknya dengan ketara dan sedang meletakkan kenderaan plug-in hibrid (PHVs) sebagai tunggak kenderaan alam sekitar generasi akan datang selepas kenderaan hibrid (HVS).

Semasa pemanduan jarak pendek, seperti perjalanan berulang-alik dan membeli-belah harian, hibrid plug-in beroperasi sebagai kenderaan elektrik (EV) dan tidak menggunakan petrol. Pada masa yang sama, ia boleh dipandu pada jarak yang jauh sebagai kenderaan hibrid (HV) walaupun selepas caj bateri habis.

Pada Januari 2012, Toyota telah melancarkan Prius PHV dengan matlamat untuk mempromosikan kenderaan elektrik. Setakat ini, jualan Prius PHV telah berjumlah kira-kira 22,000 unit di Jepun, dan kira-kira 75,000 unit di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Eropah.

 

Previous post

Jaguar Beri Peluang Anda Bayar Minyak Guna Unit Infotainment Kereta Anda

Next post

Ferrari 812 Superfast - Ada Apa Pada Nama?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *