Motosikal

Triumph Motorcycles Malaysia Umum Harga Model 2017

Pengedar eksklusif motosikal Triumph di Malaysia iaitu Fast Bikes Sdn Bhd telah mengumumkan harga bagi barisan model 2017 yang akan tiba tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Senarai harga tersebut bermula dengan Street Triple R LRH (Low Ride Height) baru yang akan diperkenalkan dengan harga bermula dari RM58,900, diikuti dengan Street Triple RS yang berharga RM66,900.

2017 Triumph Street Triple R 01

Bagi peminat barisan moden klasik Triumph pula, syarikat itu akan menawarkan tiga model, bermula dengan Street Cup 900 cc dengan harga RM65,900. Motosikal jenis cafe racer itu didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Racing Yellow/Silver Ice dan Jet Black/Silver Ice.

Triumph Bonneville T100

Seterusnya, Bonneville T100 dan T100 Black boleh dimiliki dengan harga bermula dari RM63,900 untuk versi Jet Black dan RM65,900 untuk versi dua warna. Model teratas iaitu Bonneville Bobber dengan enjin 1,200 cc pula ditawarkan pada harga RM74,900 untuk versi satu warna dan RM75,900 bagi versi dua warna.

Triumph Bonneville Bobber 01

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn Bhd, Dato’ Razak Al-Malique Hussain, selain dari lima model yang diumumkan hari ini, syarikatnya juga sedang dalam usaha untuk membawa masuk dua lagi model iaitu Street Scrambler dan Street Triple S dengan harga jangkaan bawah RM50,000.

 

Previous post

5 Sebab Mengapa Geely Patut Jadi Rakan Kongsi Proton

Next post

Tech Turki Ini Membuat Transformer Dari BMW E92

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>