Cerita Auto

Breukers, Jefferies Menang Lagi di Lamborghini Super Trofeo Middle East Dubai

Dengan kejayaan keempat berturut-turut di Lamborghini Super Trofeo Middle East, Rik Breukers dan Axcil Jefferies telah berjaya mempertahankan kedudukan mereka pendahulu kejohanan, sementara menunggu Race 2 yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mac.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pasangan pemandu kelas PRO dari tim GDL Racing bermula cemerlang pada pagi perlumbaan dengan kedudukan pole pada kedua-dua sesi kelayakan di Dubai Autodrome.

Race_Start

Pada awal perlumbaan, Breukers diasak oleh Armaan Ebrahim, pelumba protagonis dari India yang berlumba buat pertama kali mewakili Dilango Racing dari Dubai. Dengan pemanduan pantas (beliau satu-satunya pemandu dengan catatan masa bawah 1’59″), Breukers berjaya mengekang cabaran sebelum menyerahkan tugasan memandu kepada Jefferies.

Schreiner_Goddard (1)

Jentera #15 yang dipandu Schreiner Carrie dan Richard Goddard dari FFF Racing Team juga beraksi cemerlang apabila berjaya menghabiskan perlumbaan pada kedudukan kedua selepas bermula di petak kesebelas. Di tempat ketiga pula Jack Bartholomew dan pemandu baru, Devon Modell yang memandu jentera Lamborghini #5.

Still_Scheuschner (1)

Dalam kategori PRO-AM, pasangan Konrad Motorsport iaitu Hendrik Still dan Paul Scheuschner mendapat tempat pertama, diikuti oleh Costantino Bertuzzi dan Nigel Farmer dari GDL Racing di tempat kedua dan Ebrahim dan Malagamuwa dari Dilango Racing di tempat ketiga.

Haryanto (1)

Kategori AM pula menyaksikan Andrew Haryanto (jentera #71, GDL Racing) dinobatkan juara sekaligus meluaskan jurang antara pencabar Antonelli/Roda dengan beza 17 mata.

 

Previous post

Lexus Malaysia Lancar NX 200t Special Edition dan IS Facelift

Next post

Audi Q5 Performer Euro NCAP Mengagumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>