Gaya Hidup

Ford Ranger Wildtrak Dalam Edisi Terhad Warna Jet Black Baharu

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mendedahkan edisi terhad warna baharu yang lebih teguh, lebih segak, lebih cekap Ford Ranger Wildtrak dalam Jet Black, sekarang di bilik pameran Ford di seluruh negara.

Dengan keupayaan yang tidak dapat ditandingi, keselamatan dan teknologi terbaru Ford Ranger Wildtrak ini dilengkapkan dengan dalaman baru yang bergaya, bijak dan berfungsi, dan juga water-wading, tundaan dan keupayaan  muatan terbaik dalam kelas.

 

Prestasi tinggi Wildtrak varian terkini ini mempunyai sistem infotainment lebih baik SYNC 3, sistem kesinambungan generasi terbaru  di dalam kereta Ford yang mempunyai sebuah skrin sentuh lapan inci untuk mengendalikan telefon, hiburan dan kawalan suhu menggunakan sistem arahan suara yang bersepadu.

Ford’s Electronic Stability Control (ESC) dan ISOFIX child safety mounts juga datang standard menjadikan Ranger ini trak pikap di Malaysia yang menawarkan ciri keselamatan in di kesemua varian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Juga terdapat Hill Launch Assist – menahan Ranger selama 3 saat apabila pemandu melepaskan brek kaki.  Adaptive Load Control dan Emergency Brake Assist.

Harga RM141,588.00 termasuk GST.

untuk maklumat lanjut layari  www.sdacford.com.my.

 

Previous post

Menang Kad Petrol Bernilai RM500 Atau Wang Tunai RM3,000

Next post

Nissan Kicks Crossover Untuk Menyaingi HR-V & C-HR

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *