Berita Auto

Honda Civic Type R Baharu Buat Peminat Hot Hatch Tak Senang Duduk

Penantian peminat Honda di seluruh dunia berakhir minggu ini dengan pelancaran Civic Type R terbaru di Geneva Motor Show. Model terbaru ini dibangunkan berasaskan Civic generasi ke-10 dan akan dipasang di Swindon, United Kingdom untuk pasaran global termasuk Jepun dan buat pertama kalinya, Amerika Syarikat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mengekalkan kombinasi enjin turbo 2.0-liter i-VTEC dengan transmisi manual enam kelajuan, Civic Type R kini mempunyai 316 hp dan 400 Nm tork yang disalurkan ke gandar hadapan. Unit transmisinya kini dilengkapi dengan teknologi ‘rev-matching’ atau ‘auto blip’ untuk penukaran gear yang lebih lancar.

14-2017-civic-type-r-1

Bagi mod pemanduan, Civic Type R baharu dilengkapi dengan tiga mod iaitu Comfort, Sport (default) dan +R dan pemandu boleh menggunakannya untuk melaraskan stereng, pendikit, transmisi, Vehicle Stability Assist (VSA) dan sistem peredam adaptif mengikut keperluan situasi.

12-2017-civic-type-r-1

Menurut Honda, model terbaru ini 38 peratus lebih tegar serta lebih stabil dan senyap berbanding model terdahulu. 14 peratus daripada badan Civic Type R diperbuat daripada keluli berkekuatan tinggi manakala hudnya dibentuk dari aluminium, membuatkan model terbaru ini 16 kg lebih ringan berbanding Type R sebelum ini dan 7 kg lebih ringan berbanding Civic hatchback baharu.

05-2017-civic-type-r-european-version-1

Aspek pengendalian Civic Type R pula terdiri dari suspensi dwi-paksi yang direka khas bagi mengurangkan ‘torque steer’, peredam adaptif, stereng kuasa elektrik adaptif dengan nisbah berubah-ubah dan Limited-slip Differential (LSD) pada gandar hadapan.

13-2017-civic-type-r-1

Ia memakai rim aloi aluminium 20 inci yang dipadankan dengan tayar Continental ContiSportContact 6 bersaiz 245/30. Kuasa membrek pula dibekalkan oleh cakera aluminium berukuran 350 mm di hadapan dan 305 mm di belakang, serta angkup brek Brembo.

08-2017-civic-type-r-european-version-1

Lain-lain, Civic Type R menampilkan skrin sesentuh tujuh inci dengan fungsi Apple CarPlay, Android Auto dan radio digital, serta sistem bunyi dengan 12 pembesar suara. Warisan Type-R terus kekal di dalam kabin dengan tema hitam dan merah, tempat duduk sport, tombol gear dan pedal aluminium, meter Type R berwarna merah serta plat nombor siri di konsol tengah.

Previous post

Porsche 911 GT3 Buat Kemunculan Pertama di Geneva

Next post

Peugeot 3008 SUV Baharu Dinamakan "Car Of The Year 2017"

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *