Motosikal / Lain Lain Roda

HONDA Wave Dash F1 2017 Menghangatkan Pentas

Pengeluar motosikal terkemuka di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) menganjurkan majlis pelancaran produk dan peragaan fesyen sulung untuk memperkenalkan model, Wave Dash Fi Baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Penambahan terbaharu dalam keluarga beroda dua itu menawarkan rekaan yang menarik, bergaya dan trendy untuk memenuhi keperluan fesyen semasa penunggang muda.

Pearl Magellanic Black

Slogan “Make An Impression, Everywhere You Go” menggambarkan pemahaman BSH terhadap tuntutan fesyen golongan muda pada hari ini. Mereka mahu sentiasa bergaya dan mengikut aliran fesyen semasa di mana sahaja mereka berada, malah ketika berada di jalan raya.  Rekaan terkini grafik New Wave Dash Fi diinspirasi dari tentera kelabu menyamar dan grafik geometri warna khas CB650, bersama panel meter bergaya dan plat pelindung haba baharu yang dipertingkatkan menjanjikan penampilan yang lebih segar bagi penggemar kenderaan beroda dua di Malaysia.

New Graphic

“Pelanggan muda di negara ini hidup dalam gaya hidup yang pantas bergerak dan mencari tunggangan yang bergaya. Oleh demikian, BSH sentiasa mempertingkatkan rekaan serta prestasi bagi memenuhi kehendak dan permintaan penunggang muda,” kata En. Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

Striking Muffler protector

Majlis pelancaran produk berkenaan dimulakan dengan beberapa pelompat jalanan mempamerkan New Wave Dash Fi, diikuti oleh peragaan fesyen oleh model-model Tarik Jean sebelum barisan pengurusan BSH naik ke pentas untuk melancarkan pratonton rasmi tunggangan terbaharu tersebut.

Stylish Digital Meter

Mesin jenis underbone atau kapcai dwi brek cakera dan break cakera depan (2 Type) ini dilengkapkan dengan enjin empat lejang 109cc yang bersepadu dengan
Sistem Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi). Selain rekaan luar yang lebih segar, kecekapan bahan api terus dipertingkatkan ke 61.1km/L bersama kuasa maksimum yang meningkat kepada 6.40Kw untuk memberikan pengalaman tunggangan yang lebih baik. New Wave Dash Fi juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Pearl Nightfall Blue

New Wave Dash Fi didatangkan dalam tiga warna fesyen bergaya: Biru Mutiara Senja, Hitam Mutiara Magellen dan Merah Lincah serta warna eksklusif, Edisi Repsol. Ditawarkan dalam edisi S Type (Cakera Brek Tunggal), R Type (Cakera Brek Berganda) dan Edisi Repsol (Cakera Brek Berganda)., masing-masing pada harga yang disyorkan bermula daripada RM5,860.74, RM6,178.74 and RM6,337.74 termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Vivacity Red

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Wave Dash Fi 2017, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau laman Facebook kami: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.

Repsol_Easy

Jenis Enjin 4-lejang, Penyejuk Udara OHC
Anjakan 109.17cc
Jara & Lejang 50.0mm x 55.6mm
Sistem Pemula Pemula Kaki dan Auto Elektrik
Sistem Pencucuhan Transistor Penuh
Jenis Transmisi 4 kelajuan tetap
Suspensi (Depan) Teleskopik
Suspensi (Belakang) Berkembar
Saiz Tayar (Depan) 70/90 – 17M/C 38P
Saiz Tayar (Belakang) 80/90 – 17M/C 50P
Dimensi Keseluruhan 1,907mm x 709mm x 1,080mm
Dimensi Jarak Roda 1,227mm
Berat 102kg (Dash S)/ 104kg (Dash R)
Kapasiti Tangki Minyak 4.0 liter
Sistem Bahan Api Pancitan Bahan Api Teratur
Kuasa Kuda Maksimum 6.40 KW (8.70 PS) @ 7,500RPM
Tork Maksimum 8.66 KW (0.88kgf.m) @ 6,000RPM

 

Previous post

Yamaha YZF-R25 Kini Dengan Dua Warna Baharu

Next post

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Volkswagen Dengan Segera

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *