Motosikal

Kawasaki Z900 ABS Dijual Pada Harga Bermula Dari RM49,158

Dilancarkan pada awal tahun ini, Kawasaki Z900 dijangkakan dijual pada harga sekitar RM58,000. Namun begitu, harga jualan rasmi yang diumumkan oleh Kawasaki Motors Malaysia (KMM) adalah jauh lebih rendah iaitu RM49,158 untuk versi Standard dan RM50,959 untuk versi SE.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Ahli terbaru barisan model Z ini merupakan pengganti kepada Z800 yang menampilkan enjin 948 cc empat silinder dengan 125 PS pada 9,500 rpm dan 98.6 Nm pada 7,700 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang menampilkan klac ‘slipper’.

Kawasaki Z900

Salah satu komponen penting Z900 adalah kerangka Trellis seberat 13.5 kg yang menyumbang kepada pengendalian yang lebih lincah. Motosikal itu juga dilengkapi dengan fork terbalik bersaiz 41 mm dengan fungsi “stepless rebound damping” dan “spring preload adjustability”, serta suspensi belakang mendatar.

Kawasaki Z900

Selain itu, ia turut menampilkan ABS dan sistem brek yang terdiri dari cakera berkembar 300 mm dengan angkup empat omboh di depan dan cakera tunggal 250 mm di belakang. Tachometer analog dengan tiga mod paparan juga disertakan.

Kawasaki Z900

Z900 ditawarkan dalam warna kelabu (versi Standard) serta biru bagi versi SE. Ia menampilkan grafik istimewa, penutup meter, penutup tempat duduk belakang, outlet DC, pelindung radiator, slider, serta pad tangki minyak dan lutut. Ia boleh didapati di kesemua pengedar sah Kawasaki bermula 8 April tahun ini.

Previous post

Toyota Buka Bilik Pameran Baharu di Segambut

Next post

Allianz Malaysia Menggalakkan Keselamatan Jalan Raya Melalui Kempen di Bukit Tinggi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>