Cerita Auto

Lexus Malaysia Lancar NX 200t Special Edition dan IS Facelift

Lexus Malaysia telah memperkenalkan NX 200t Special Edition dan barisan model IS facelift untuk pasaran tempatan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi NX, barisan crossover tersebut mengekalkan pilihan lima varian (NX 200t; NX  200t Premium; NX 200t Luxury; NX 200t F Sport; dan NX 300h) dengan tambahan model Special Edition untuk 2017.

NX-200t-Special-Edition-Full-Frontal

200t Special Edition mempunyai semua ciri dan kelengkapan varian 200t serta tema berwarna hitam pada gril hadapan, bingkai gril dan bahagian dalaman. Varian tersebut juga didatangkan dengan cermin sisi dan rim lima jejari bersaiz 18 inci yang dicat hitam.

Varian-varian lain seperti 200t mendapat lampu LED hadapan yang lebih dinamik bagi menggantikan unit LED/halogen sebelum ini, diikuti dengan rim 18 inci bersama tayar bersaiz 225/60. Lampu kabus LED juga dipasang pada bampar hadapan untuk pencahayaan mengikut arah kenderaan.

NX-200t-Special-Edition-Interior

Penambahbaikan yang lain termasuklah sensor hujan, pintu belakang kuasa dan bumbung panoramik yang kini didatangkan secara standard bagi varian 200t, 200t Special Edition dan 200t F Sport. Pemilik 200t juga boleh menikmati lebih kemudahan dengan adanya kad kunci pintar yang membolehkan kenderaan dibuka atau dikunci dengan sentuhan pada pemegang pintu.

Semua varian menggunakan enjin turbo 2.0-liter empat silinder dengan 235 hp dan 350 Nm tork, kecuali 300h yang menggunakan sistem hibrid Lexus.

NX-200t-Special-Edition-Full-Side-Angle

NX ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Sonic Quartz, Platinum Silver, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake, dan Red Mica Crystal Shine. Dua warna lagi iaitu Lava Orange Crystal Shine dan Heat Blue hanya boleh dipesan dengan varian 200t F Sport.

Untuk senarai harga, rujuk jadual di bawah.

1 0 NX Price List - PM-1

Seperti model-model Lexus lain yang dijual di Malaysia, NX didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan. Pek bateri hibrid bagi NX 300h pula mempunyai jaminan selama lapan tahun.

Bagi IS pula, sedan tersebut tampil dengan pelbagai penambahbaikan untuk pengalaman pemilikan yang lebih hebat. Bagi tahun 2017, IS mendapat lampu hadapan yang direka semula dengan unit bi-LED (tiga kanta untuk IS 300h) berserta lampu isyarat LED.

IS-200t

Gril unik Lexus kini diletakkan pada posisi yang lebih tinggi daripada sebelum ini, manakala bamparnya tampil lebih garang dengan adanya lubang pengambilan udara yang lebih besar. Selain dari rekaan bampar yang lebih segar, perubahan pada bahagian belakang merangkumi penambahan lampu LED dan tips ekzos dalam kemasan krom.

Kabin IS menampilkan skrin EMVN di bahagian tengah yang kini lebih besar dengan saiz 10.3 inci. IS 200t F Sport dan IS 300h dilengkapi dengan sistem bunyi Mark Levinson dengan 15 pembesar suara dan sistem Auto Volume manakala IS 200t Premium dan Luxury mendapat sistem bunyi Lexus dengan 10 pembesar suara dan pemain DVD.

IS-300h-f

Lain-lain penambahbaikan di dalam kabin termasuk pemegang cawan baru di antara tempat duduk hadapan dan pad lutut yang lebih besar untuk lebih keselesaan. Jam analog juga diberi sentuhan segar untuk rupa yang lebih elegan, sementara cermin pandang belakang kini mempunyai rekaan tanpa bingkai. Suis pada roda stereng juga direka semula untuk penggunaan yang lebih lancar.

Selain itu, Remote Touch Interface (RTI) pada konsol tengah kini mempunyai butang Enter dan Back serta joystick yang berfungsi seperti tetikus komputer yang membolehkan kawalan dilakukan dari hujung jari pemandu.

IS-300h-b

IS 200t Premium, Luxury dan F Sport dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghamburkan 241 hp dan 350 Nm, manakala IS 300h mendapat 220 hp dari sistem hibrid Lexus. Walaupun tiada perubahan dilakukan, tahap penjimatan bahan api adalah lebih baik dari sebelumnya dengan penggunaan sistem Auto Start/Stop yang kini dilengkapi standard bagi semua varian. IS 200t F Sport juga dilengkapi dengan paparan daya G yang merupakan sebahagian daripada pakej panel instrumen.

Dari aspek keselamatan, IS menampilkan 10 beg udara dan pelbagai komponen keselematan aktif seperti ABS dengan EBD, Traction Control dan Vehicle Stability Control. Ciri-ciri ini diselaraskan di dalam sistem Lexus Vehicle Dynamics Integrated Management (VDIM) untuk membantu pemandu, terutama ketika mengambil selekoh.

SRS-Airbag

Ciri-ciri keselamatan yang lain merangkumi Tyre Pressure Warning System, Park Assist dan Rear View Monitor System. Blind Spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert juga disediakan di dalam varian IS 200t Luxury, F Sport dan 300h.

IS ditawarkan dengan tujuh pilihan warna dan tujuh tema dalaman (bergantung pada varian). Warna Heat Blue, kemasan Wedge Metal dan warna dalaman Black atau Dark Rose merupakan pilihan eksklusif bagi varian 200t F Sport.

Blind-Spot-Monitor

Model ini didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan bateri selama lapan tahun bagi IS 300h. Berikut merupakan senarai harga terkini rangkaian model IS.

1 0 Price List IS MC'16 - PM-1

Previous post

MPIC Lancar Ekspedisi Trans Borneo Menggunakan Diesel B10

Next post

Breukers, Jefferies Menang Lagi di Lamborghini Super Trofeo Middle East Dubai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>