Motosikal / Lain Lain Roda

Akid Jadi Tumpuan Pencabar Underbone 150cc ARRC

Nama pelumba muda Malaysia, Mohd Akid Aziz dijangka akan menjadi tumpuan menjelang perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 13 hingga 15 April ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Meskipun tidak diletakkan sasaran tinggi, pelumba rookie dari pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor berusia 19 tahun itu kini mendahului kategori Underbone 150cc dengan mengumpul 45 mata setelah muncul juara pada Perlumbaan 2 di Litar Johor dan muncul naib juara pada Perlumbaan 1, malah ketika ini turut mendahului kedudukan pelumba kategori CP115 di dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017.

Akid Aziz podium

“Persaingan di peringkat serantau ini sangat sengit, jadi selalunya pasukan akan memilih gandingan pelumba berpengalaman untuk digandingkan bersama pelumba muda sebaliknya kami menyenaraikan dua pelumba belasan tahun. Namun Akid membalas kepercayaan dengan menghadiahkan podium berganda di Litar Johor, dua minggu lalu. Dia mempamer aksi matang dan bertenaga, tidak menunjukkan seperti pertama kali beraksi menentang pelumba handalan Indonesia,” jelas pengurus pasukan, Yong Ying Hoe.

Malah, nama pelumba itu kini diberitakan bakal mengikut jejak seorang lagi pelumba muda negara, Kasma Daniel Kasmayudin untuk menyertai Kem Master VR46 Yamaha di Itali pada tahun ini, namun masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak Hong Leong Yamaha.

akid (left) with Haziq

Walaupun latihan bersama pelumba handalan di Eropah mampu meningkatkan lagi prestasi Akid, buat masa ini Yong mahukan anak didiknya itu memberi sepenuh tumpuan terhadap perlumbaan yang akan dihadapi ketika ini.

“Saya mahu Akid dan gandingannya, Mohd Haziq Fairues bersedia untuk menghadapi pusingan kedua ARRC minggu ini. Ketika ini, kelibat mereka mula menjadi perhatian pencabar lain, jadi kami perlu bekerja lebih keras untuk meraih kemenangan. Namun, jika mereka kekal beraksi cemerlang dan memberi sepenuh tumpuan seperti perlumbaan lepas, saya yakin mereka mampu sekali lagi meraih kejayaan.”

Perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 13 hingga 15 April 2017 (Khamis – Sabtu).

Previous post

Aston Martin Vanquish S Red Arrows Ambil Inspirasi dari Pasukan Aerobatik RAF

Next post

Model Edisi Terhad 'Carbon 65' Raikan Ulangtahun Chevrolet Corvette

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *