Cerita Auto

Evora Sport 410 GP Edition Imbas Kembali Warna Pasukan F1 Lotus

Lotus telah mendedahkan Evora Sport 410 GP Edition, satu model edisi terhad ditawarkan khas bersempena dengan kemasukan semula jenama itu ke pasaran Amerika Syarikat dan Kanada.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Direka oleh Lotus Exclusive, Evora Sport 410 GP Edition memakai skema warna hitam dan emas sebagai penghormatan kepada pasukan Lotus F1 yang bertanding dari 1972 hingga 1986. Secara keseluruhan, pasukan yang pernah diwakili oleh pelumba-pelumba terkenal seperti Emerson Fittipaldi, Ronnie Peterson, Mario Andretti, Nigel Mansell dan Ayrton Senna berjaya merangkul lima kejuaraan Pelumba dan Pengeluar serta 35 gelaran Gran Prix.

Side

Menurut Lotus, hanya lima unit GP Edition akan ditawarkan sebagai tanda keeksklusifan program Lotus Exclusive.

Rear Wing and decal

Seperti model Evora Sport 410 biasa yang dilancarkan pada tahun lalu, model GP Edition didatangkan dengan pelbagai komponen gentian karbon yang bertujuan mengurangkan berat kenderaan.

Steering wheel US

Selain itu, ia juga didatangkan dengan komponen-komponen ringan seperti bateri lithium-ion, rim tempaan dan pelbagai lagi yang menyumbang kepada pengurangan berat sehingga 60 kg.

Rear High

Evora Sport 410 dikuasakan oleh enjin supercaj 3.5-liter enam silinder yang menghasilkan 400 hp pada 7,000 rpm dan 410 Nm tork pada 3,500 rpm. Ia didatangkan secara standard dengan kotak gear manual enam kelajuan yang dilengkapi dengan ‘flywheel’ inersia rendah untuk penukaran gear yang lebih cepat dan ‘limited-slip differential’ (LSD) untuk lebih cengkaman.

Rear 3-4 With F1

Transmisi automatik enam kelajuan yang ditawarkan sebagai pilihan pula dilengkapi dengan ECU sendiri dan boleh dioperasikan menerusi pedal penukar gear aluminium yang dipasang di belakang roda stereng.

 

Previous post

Mitsubishi Triton 2017 Lebih Lengkap dan Selamat

Next post

UMWT Mulakan Siri Jelajah Toyota Go 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>