Motosikal

Modenas, Bajaj Jalin Usahasama Tembusi Segmen Street Bike

Modenas, anak syarikat DRB-Hicom akan memasuki segmen motosikal jalanan (street bike) di Malaysia melalui kerjasama dengan Bajaj Auto Ltd (BAL) dari India.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan bagi DRB-Hicom percaya langkah ini akan mengukuhkan lagi jenama Modenas dan membantu ia menguasai pegangan yang lebih besar dalam pasaran motosikal.

“Usaha sama Modenas dengan Kymco bagi segmen skuter November tahun lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggemar motosikal tempatan. Kini syarikat bersedia untuk menembusi pasaran yang lebih agresif, iaitu segmen motosikal jalanan. Dengan BAL sebagai rakan kongsi, kami kini mempunyai satu lagi segmen baharu yang boleh ditawarkan kepada pengguna,” kata Syed Faisal.

BAL adalah pengeluar motosikal dua dan tiga roda ke-4 terbesar di dunia dan jenama Bajaj terkenal di banyak negara. Di India, rangkaian motosikal Bajaj telah mencapai jualan yang memberangsangkan dan ia terus meningkatkan pegangan pasaran di sana.

bajaj v

“Pengalaman dan keupayaan teknologi BAL dalam segmen ini tidak diragui lagi. Model-model yang bakal kami lancarkan di Malaysia nanti telah membuktikan keupayaan mereka di pasaran global dan kami berharap kejayaan ini akan berulang di Malaysia,” jelas Syed Faisal.

Kerjasama ini akan dimulakan secara berperingkat merangkumi pengedaran dan pemindahan teknologi melalui pembangunan hab pemasangan khusus di kilang Modenas di Gurun, Kedah. Modenas dan BAL juga merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan menggunakan jenama Modenas di dalam dan luar ASEAN.

Previous post

Lynk & CO Persembahkan Sedan Baharunya ... Kami Mahu Jadi Peniaganya!

Next post

Proton Perdana Terima Anugerah ‘Malaysia Good Design Mark’

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>