Berita Auto

Motonation 2017 Bakal Gegar Putrajaya

Syarikat pengurusan acara profesional, Procara Entertainment Sdn. Bhd, bersama-sama dengan Perbadan Putrajaya, telah secara rasminya melancarkan Motonation 2017, karnival gaya hidup permotoran pertama di Malaysia. Ia akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada bulan September tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut pihak penganjur, karnival tersebut dijangka menjadi hab utama bagi pelbagai pihak seperti pengeluar-pengeluar kereta dan motosikal, pembekal aksesori automotif, pembekal servis dan sokongan, pembekal bengkel dan alat serta pembekal bahan mentah.

Selain daripada itu, Motonation 2017 juga akan disertai oleh para pemilik garaj persendirian, kelab-kelab kenderaan, badan-badan kejuruteraan serta orang-orang kenamaan yang bakal memperlihatkan koleksi peribadi masing-masing.

???????????????????????????????

Motonation 2017 akan diadakan selama tiga hari bermula dari 1 hingga 3 Disember 2017 (Jumaat hingga Ahad). Selain daripada kawasan indoor untuk peserta pameran, karnival itu juga menyediakan aktiviti-aktiviti seperti persembahan, taman permainan kanak-kanak, go-kart, perlumbaan alat mainan kawwalan jauh dan pelbagai lagi di kawasan terbuka.

Pengunjunga yang hadir boleh menjamu selera di food truck yang disediakan di lokasi. Lebih 500,000 pengunjung dijangka menghadiri karnival tersebut.

 

Previous post

Perodua Bezza Diperkemaskan Bagi 2017

Next post

Naza Premira dan Metro Driving Academy Jalin Kerjasama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *