Motosikal

Petronas Lancar Pelincir Motosikal Sprinta dengan UltraFlex di Malaysia

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) hari ini melancarkan Petronas Sprinta dengan UltraFlex, rangkaian pelincir motosikal yang dirumuskan secara unik untuk mengatasi stres motosikal dan melanjutkan hayat enjin.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Rangkaian pelincir baru ini dapat memenuhi keperluan utama para penunggang motosikal yang menginginkan penunggangan yang lebih lancar. Baru sahaja dilancarkan di India, minyak pelincir Sprinta dengan UltraFlex kini mula dipasarkan di Malaysia.

Ujian berdasarkan piawaian industri global terkini menunjukkan bahawa Sprinta dengan UltraFlex mampu memberikan kekuatan lapisan minyak sehingga 41% lebih tinggi daripada kadar piawai industri. Ini membantu enjin menahan kesan-kesan beban, kelajuan dan stres tanpa mengalami kerosakan di samping mempertingkat tindak balas motosikal. Ia juga menawarkan kawalan mendapan enjin, sekaligus mengekalkan kuasa motosikal dan prestasi penunggangan.

Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Zubair Abdul Razak berkata, “Populasi motosikal terkini Malaysia dianggarkan sebanyak 11.6 juta motosikal dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) sebanyak 4%. Satu kajian yang kami jalankan juga mendapati bahawa 81% pemilik motosikal di Malaysia menaiki motosikal mereka setiap hari, manakala 70% daripada pemilik motosikal pula bergantung sepenuhnya kepada motorsikal untuk pergerakan harian mereka.”

Stres motosikal disebabkan oleh keadaan ricihan tinggi berpunca daripada stres mekanikal yang melampau serta suhu dalaman enjin yang boleh mencecah sehingga 33% lebih tinggi daripada enjin kereta. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlarutan, ia berpotensi mengakibatkan bunyi getaran dan motorsikal terasa berat.

“Dengan menggabungkan kepakaran kami yang terkumpul selama seabad dengan inovasi berpaksikan pelanggan, Petronas Sprinta dengan UltraFlex dirumuskan secara unik untuk menangani kesan-kesan stres motosikal untuk penunggangan yang lebih lancar serta jangka hayat enjin motosikal yang lebih lama,” kata Mohd Khalid Mohamed Latiff, Ketua Rantau Asia Pasifik, Petronas Lubricants International.

Sprinta dengan UltraFlex mula dijual sejak awal April tahun ini. Para pengguna boleh mengunjungi bengkel-bengkal rakan niaga Petronas yang sah, Kedai Mesra, atau merujuk kepada mekanik-mekanik mereka untuk maklumat lanjut.

Previous post

Renault Captur Versi CKD Lebih Mampu Milik

Next post

SYM Malaysia Buka SYM Smart Shop Baharu di Kluang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>