Gaya Hidup

Proton Perdana Terima Anugerah ‘Malaysia Good Design Mark’

PROTON Holdings Bhd (“PROTON” atau “Syarikat”) dengan sukacitanya mengumumkan penerimaan anugerah ‘Malaysia Good Design Mark’ (“MGDM”) yang diiktiraf oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (“MDC”) untuk Proton Perdana serba baharu (“Perdana”). Anugerah tersebut dimenangi Perdana untuk kategori Kawasan Umum dan Kenderaan. Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, YBhg Dato’ Radzaif Mohamed pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam.

Photo 3 (2)

Perdana, yang dilancarkan secara rasmi pada 14 Jun 2016, mendapat pengiktirafan tersebut berdasarkan reka bentuk yang baik bagi produk yang lengkap yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh tenaga tempatan. PROTON amat berbesar hati dan dengan rendah diri menerima pengiktirafan ini yang membuktikan keupayaan PROTON dalam mereka bentuk dan menghasilkan kereta mampu milik dan berdaya saing kepada pengguna.

“Kami sangat teruja dengan pengiktirafan daripada Majlis Reka Bentuk Malaysia untuk model Perdana. Ini merupakan penghargaan kepada usaha-usaha yang telah disumbangkan dalam pembangunan kereta ini dan saya dedikasikan pengiktirafan ini kepada mereka yang telah mencurahkan bakat dalam projek Perdana. Banyak lagi ruang yang PROTON perlu perbaiki dan anugerah ini tentunya menyuntik semangat kepada PROTON untuk bekerja lebih keras dalam menyediakan kereta dengan rekaan dan kejuruteraan yang lebih baik kepada pelanggan,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Photo 2 (3)

MGDM adalah program pengiktirafan reka bentuk oleh kerajaan Malaysia di bawah Majlis Reka Bentuk Malaysia. Penubuhannya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada industri tempatan yang cemerlang dalam menyediakan produk berkualiti dan inovatif serta menggalakkan kepada peningkatan kualiti pengeluaran melalui penyelidikan dan pembangunan.

Perdana kini sebaris dengan model Satria Neo dan Persona generasi sebelum ini yang telah mendapat anugerah sama oleh MDC pada 2007 dan Iriz pada 2014.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada 2016, Perdana telah dianugerahkan dengan ‘Best Local Car Design of the Year 2016’ oleh Carsifu Editors’ Choice Award, sebuah penerbitan permotoran di bawah The Star Media Group.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau Instagram di instagram@ProtonCars. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

Photo 1 (3)

Previous post

Modenas, Bajaj Jalin Usahasama Tembusi Segmen Street Bike

Next post

Volvo Trucks Malaysia Lancar FH Series

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *