Motosikal / Lain Lain Roda

SYM Malaysia Buka SYM Smart Shop Baharu di Kluang

SYM Malaysia hari ini melancarkan SYM Smart Shop yang keenam dalam negara dan kedua dalam negeri Johor. Majlis perasmian disempurnakan oleh Lu Tien Fu, ketua pengarah Vietnam Manufacturing & Export Processing Co. Ltd, Dato’ Seri Leo Tan Lean Leah, pengarah urusan Mforce Bike Holdings, Asri Ahmad, pengurus besar operasi Mforce Bike Holdings, Leok Kah Ling, pengarah urusan Wei Ling Motor dan Leok Jun Yu, pengurus besar Wei Ling Motor.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

SYM Smart Shop Wei Ling terletak secara strategik di 693 & 695, Jalan Mersing, Kluang. Showroom tiga tingkat yang berukuran 10,000 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran eksklusif SYM, sudut pameran Benelli, pusat servis serta ruang aksesori dan alat ganti. Pusat servis dilengkapi dengan dua ruang penyelenggaraan dan beroperasi setiap hari dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang, kecuali Ahad.

DSC_0762

SYM Smart Shop diperkenalkan pada 2014 sebagai pusat sehenti yang menampilkan semua model keluaran SYM dan pusat servis yang menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti tulen.

DSC_0806

“Dengan pengenalan SYM Smart Shop oleh Wei Ling Motor di Kluang, kami yakin mampu meraih lebih jualan dalam bulan-bulan berikutnya. Kami menghargai sokongan dari penduduk Kluang dan sekitarnya dan berjanji akan terus menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik”,  kata Alex Lim JH, pengurus cawangan Johor Mforce Bike Holdings.

 

Wei Ling Front View

Previous post

Petronas Lancar Pelincir Motosikal Sprinta dengan UltraFlex di Malaysia

Next post

Perodua Kekalkan 35.9% Bahagian Pasaran Pada Suku Pertama 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *