Motosikal / Lain Lain Roda

Demak Lancarkan 8 Model Motosikal dan 4 Kenderaan Serbaguna Baru

DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd., pengeluar dan pemasang motosikal Demak, telah melancarkan lapan model baru di dalam barisan keluarga Demak.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Enam daripadanya merupakan model yang belum pernah dipasarkan sebelum ini iaitu Ezio 100, Kobra 110, Explor 150, Explorer 150, Ace 150 dan Sprinter 125, manakala dua lagi iaitu D90 dan D7 merupakan model facelift. Kesemua model tersebut di pasang di negara ini.

KOBRA 110_colour variation

Pengarah Eksekutif DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd., Hu Ying berkata model-model baru tersebut akan mula memasuki pasaran tempatan dalam jangka masa terdekat dan boleh didapati di semua pengedar Demak di seluruh negara.

XPLOR 150_colour variation

Syarikat itu turut memperkenalkan empat model kenderaan serbaguna iaitu 4 Runner, Eco 3 (petrol dan elektrik) dan E Trois. 4 Runner merupakan kenderaan untuk kerja-kerja berat dan sesuai digunakan untuk sektor perladangan dan pembinaan kecil, manakala Eco 3 disasarkan untuk golongan usahawan yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan.

ECO3_3quater rear_a

Kedua-dua model tersebut dilengkapi dengan ciri GPS, panel solar LED, enjin 200cc yang mampu bergerak sehingga 300 km dengan isian penuh, serta bateri lithium dengan kapasiti 100 km – 150 km bagi varian elektrik.

4RUNNER_side left

Majlis pelancaran yang diadakan di kilang DNC Asiatic Holdings di Olak Lempit, Banting itu turut menyaksikan pemeteraian kerjasama antara Demak Green-Tech Sdn Bhd dan pengeluar terbesar peti sejuk di Asia iaitu Qingdao Aucma bagi memasang dan memasarkan peti sejuk beku pada model-model kenderaan serbaguna keluaran Demak.

 

EXPLORER 150_colour variation

ACE 200_3quater front

DJ90_colour variation

D7 colour variation

eTROIS_3quater front

ECO3_3quater front

4RUNNER_3quater front

 

Previous post

Honda City Merata-rata Nampaknya

Next post

Showroom Acecourt Ford Di Taiping Dibuka Semula Selepas Renovasi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *