Motosikal / Lain Lain Roda

Next Bike Lancar Program Ducati Smart Service

Next Bike Sdn. Bhd., pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia, telah memperkenalkan sebuah program baharu yang akan memanfaatkan pelanggan jenama itu iaitu Ducati Smart Service.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bermula Mei tahun ini, dengan setiap pembelian motosikal Ducati, pelanggan layak mendapat servis percuma (alat ganti dan minyak pelincir) selama dua tahun atau 30,000 km, termasuk servis DESMO. Ini secara automatik akan menurunkan kos pemilikan dan memberi lebih penjimatan bersama-sama dengan jaminan dua tahun tanpa had perbatuan yang sedia ada.

Kempen terbaru ini juga dijangka akan meningkatkan permintaan bagi enam model tahun 2017 yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Multistrada 950, Monster 797, Supersport and Supersport S, Scrambler Café Racer dan Scrambler Desert Sled.

Program ini terhad kepada bilik pameran dan pusat servis Ducati yang sah di seluruh negara.

ducati-02

Previous post

Volkswagen Tingkatkan Produksi Tiguan di Pekan

Next post

Go Auto Tembus Pasaran Batam, Indonesia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *