Berita Auto

Pemeriksaan Kenderaan Percuma Untuk 500 Pelanggan Perodua

Perodua telah mengumumkan bahawa ia akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan secara percuma bagi 500 pelanggannya. Ia merupakan sebahagian daripada kempen keselamatan ‘Muhibah di Jalan Raya’ yang mempromosikan penggunaan jalan raya yang lebih selamat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kempen tersebut menggalakkan orang ramai untuk memuat naik gambar atau video mereka dengan isyarat “OK” berserta hashtag #muhibahdijalanraya ke akaun Instagram atau Faceboook mereka sendiri. 500 pelanggan pertama yang berbuat demikian akan mendapat pemeriksaan kenderaan percuma di mana-mana 182 pusat servis Perodua di seluruh negara.

Selain itu, 10 penyertaan kreatif juga akan mendapat hadiah daripada Perodua.

Perodua-tweckbot-2-620x350

Sebagai tambahan kepada kempen keselamatan jalan rayanya, syarikat itu juga akan mengadakan program Perodua Tweckbot di Giant Hypermarket Seksyen 13, Shah Alam dari 19 hingga 21 Mei ini. Pemeriksaan tersebut melibatkan 50 mata termasuk enjin, transmisi, sistem penyejukan, brek, sistem stereng, klac, tayar, suspensi, sistem elektrikal serta diagnosis enjin.

Pelanggan yang menyertai program tersebut juga akan mendapat diskaun 20 peratus bagi alat ganti dan aksesori. Sejak 2011, Perodua telah memeriksa lebih 4,300 unit kenderaan di seluruh negara menerusi program Perodua Tweckbot.

Previous post

ETCM Lanjutkan Kempen Panggilan Semula Model Nissan Frontier, Sentra dan X-Trail

Next post

Perodua Myvi Bakal Rekod Pengeluaran Ke Sejuta Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *