Motosikal / Lain Lain Roda

Piaggio Vietnam Umum Pelantikan Gianluca Fiume

Piaggio Vietnam telah mengumumkan pelantikan Gianluca Fiume sebagai Pengerusi dan Ketua Pengarah Piaggio Vietnam merangkap Naib Presiden Eksekutif Asia Pacific 2 Wheeler. Pelantikan ini adalah selaras dengan strategi kumpulan itu untuk mengukuhkan operasinya di rantau Asia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Gianluca Fiume menyertai Piaggio Group sejak tahun 2008 sebagai Ketua 2 Wheeler Dalam Negeri Eropah. Pada tahun 2014, beliau telah dinaikkan pangkat, sekaligus bertanggungjawab ke atas pasaran baru serta pengimport di Eropah.

Di sana, Fiume melaksanakan konsep pengedaran inovatif Motoplex, sejajar dengan matlamat strategik Kumpulan Piaggio. Ini menjadikannya pemacu utama strategi pertumbuhan global dan calon paling sesuai untuk menggalas tanggungjawab tersebut di rantau Asia Pasifik.

Sebelum menyertai Kumpulan Piaggio, Fiume mengumpul pengalaman dalam bidang jualan di Kumpulan Benetton sebagai Pengurus Kawasan Timur Tengah dan Afrika dari 1995 hingga 2001. Selepas itu, beliau menyertai syarikat Beretta di mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Jualan.

Fiume berasal dari Bolzano yang terletak di bahagian utara Itali. Beliau memulakan kareer profesional dalam industri media pada tahun 1993 selepas menamatkan pengajian dalam bidang Ekonomi.

Previous post

Ducati Malaysia Mulakan Siri Jelajah Seluruh Negara

Next post

Michelin Malaysia Jenamakan Semula Rangkaian Kedai Tyreplus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *