Promosi / Tawaran / Peraduan

Balik Kampung Secara Percuma Bersama Bosch

Demi mengeratkan silaturrahim dan keakraban keluarga, Bosch Automotive Aftermarket (AA) akan bekerjasama dengan Riding Pink untuk menghadiahkan perjalanan percuma pulang ke kampung pada Hari Raya ini. Hanya 10 peserta wanita warganegara Malaysia sahaja layak memenangi peluang keemasan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk memenangi perjalanan pulang percuma ini, peserta hanya perlu memuat naik gambar “Keluarga Raya” terbaik mereka di halaman Facebook Riding Pink di www.facebook.com/ridingpink. Gambar mestilah diiringi dengan kapsyen, “Saya ingin memenangi perjalanan balik kampung percuma ke _____ kerana _______”.

Gambar yang dimuat naik haruslah dikongsi secara umum dan disertakan dengan hashtag, #GetItRight #StartWithBosch dan #RayaWithRidingPink. Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan ‘likes’, kreativiti gambar dan kapsyen yang menarik.

Peraduan bermula dari 7 Jun 2017 hingga 15 Jun 2017. Para pemenang akan diumumkan di halaman kedua-dua Facebook Bosch Malaysia dan Riding Pink pada 16 Jun 2017.

Pemenang akan mendapat satu perjalanan percuma untuk bagi setiap lokasi tersebut: Alor Setar, Pulau Pinang (seluruh daerah), Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar, Port Dickson, Seremban (seluruh daerah), Melaka (seluruh daerah), Muar, Kuantan. Setiap pemenang dibenarkan membawa dua penumpang wanita dalam perjalanan.

Selaras dengan kempen keselamatan kenderaan Bosch Automotive Aftermarket “Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya”, semua kereta yang terlibat dalam perjalanan balik akan menjalani pemeriksaan penyelenggaraan oleh Bosch. Ini adalah untuk memastikan semua orang tiba ke destinasi mereka dengan selamat.

Kereta-kereta pemenang akan bertolak dari pejabat Bosch di Petaling Jaya, Selangor, pada 23 Jun 2017 jam 9.00 pagi.

Previous post

Harga Petrol & Diesel Minggu 8 Jun 2017

Next post

Lexus LC500 Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia - RM940,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *