Gaya Hidup

BMW Group Malaysia Lancarkan Program BMW Safety 360° Edisi Keempat Dengan Kerjasama Ukids

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan edisi keempat Program BMW Safety 360° untuk tahun 2017. Bekerjasama dengan Ukids, program ‘Roaderland’ bertujuan untuk mendidik ibu bapa dan anak-anak pra-sekolah tentang keselamatan jalan raya melalui cara yang menyeronokkan serta lebih eksperimental. Program itu turut berkongsi mengenai kepentingan penggunaan tempat duduk keselamatan kanak-kanak dan cara yang betul untuk memasangnya demi memastikan anak-anak sentiasa selamat di dalam kereta.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sewaktu majlis pelancarannya, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, “Tahun ini, kami mengembangkan jangkauan program ini bersama rakan kami, Ukids melalui penggunaan satu ruang tetap buat ibu bapa dan kanak-kanak untuk merasai sendiri realiti keselamatan jalan raya.  Dengan kolaborasi Ukids, kami harap jangkauan program ini dapat diluaskan ke seluruh negara dalam usaha untuk membentuk perubahan di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak supaya lebih bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan masing-masing, terutamanya ketika berada di atas jalan raya.”

BMW 09

Tambah Sashilagi, ketika kerajaan Malaysia berusaha untuk menambah baik standard keselamatan jalan raya di negara ini, BMW Group Malaysia ingin menjadi sebahagian daripada penyelesaian itu dengan meningkatkan kesedaran, berkongsi penyelesaian berkaitan tingkah laku, amalan serta keselamatan di dalam kereta dan di atas jalan raya. Terutamanya, mendidik tentang pentingnya penggunaan tempat duduk kanak-kanak, di samping tanggungjawab di dalam kenderaan dan ketika memandu.

Felicia Ravinder, Ketua Komunikasi Korporat Unique Travel & Convention Sdn. Bhd. (Ukids) berkata, “Sebagai pakar dalam pembelajaran eksperimental untuk kanak-kanak pra-sekolah di tadika dan montessori seluruh Malaysia, kami benar-benar kagum dengan inisiatif BMW. Mereka turun padang ke tadika dan montesori untuk bercakap tentang isu yang serius ini iaitu keselamatan di dalam kenderaan dan di atas jalan raya dengan ibu bapa serta kanak-kanak.”

BMW 03

Jelas Felicia lagi, Ukids mahu membantu inisiatif BMW Group Malaysia dan mempunyai idea untuk membangunkan satu program khas yang dapat menyampaikan mesej penting mengenai keselamatan di dalam kereta dan di atas jalan raya dengan lebih mudah kepada kanak-kanak serta ibu bapa. Sebab itulah program Roaderland dihasilkan.

“Program Roaderland telah direka khas untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Ia membolehkan mereka belajar mengenai kepentingan keselamatan jalan raya menerusi simulasi persekitaran situasi trafik dalam dunia sebenar.”

BMW 08

Edisi keempat Program BMW Safety 360° bermatlamat untuk menjangkau lebih 3,000 orang ibu bapa dan kanak-kanak di seluruh negara pada tahun 2017. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik tentang penyelesaian, teknologi, etiket serta tingkah laku agar mereka selamat ketika berada di atas jalan raya.  Semua ini akan didemonstrasikan menerusi program Roaderland.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jika tempat duduk dipasang dengan betul dan digunakan sebaiknya, tempat duduk keselamatan kanak-kanak di dalam kereta mampu mengurangkan kematian dalam kalangan kanak-kanak sehingga 70 peratus. Malah kematian dalam kalangan anak-anak kecil juga dapat dikurangkan di antara 54 dan 80 peratus jika berlaku kemalangan. Fakta menunjukkan bahawa hampir 73 peratus kemalangan maut yang melibatkan kanak-kanak sebenarnya disebabkan oleh sikap ibu bapa yang mengabaikan aspek keselamatan.

BMW 05

Program BMW Safety 360° dengan kolaborasi Ukids akan dijalankan sepanjang tahun di Sunway Velocity Mall, Rakan Lokasi Rasmi program ini. Dalam fasa pertama, BMW Group Malaysia dan Ukids merancang untuk mengembangkan bengkel tersebut agar boleh disertai oleh orang awam.

 

Previous post

DRB-Hicom, Zhejiang Geely Holding Tandatangani Perjanjian Muktamad

Next post

Kemunculan Pertama Geely Boyue di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *