Cerita Auto

Kempen Pemeriksaan 20-Mata Percuma oleh Proton Sempena Aidilfitri Kembali Lagi

Bersempena dengan sambutan Hari Raya dan percutian yang akan datang, Proton mempelawa pelanggannya untuk kemana-mana pusat perkhidmatannya yang diiktiraf pada bulan Jun ini untuk menikmati pemeriksaan keselamatan 20 mata secara percuma. Sama seperti musim-musim perayaan yang lalu, syarikat itu bekerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad untuk sekali lagi membawa perkhidmatan ini dengan lebih dekat kepada pelanggan di beberapa stesen Petronas terpilih sebagai sebahagian daripada kempen Petronas Coffee Break.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berikutan dengan maklum balas positif yang diterima daripada pelaksanaan pusat-pusat pemeriksaan mudah alih sebelum ini, Litrak juga telah mendekati Proton untuk membuka stesen mudah alih di lokasi mereka untuk pengguna Proton yang akan menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Pemeriksaan keselamatan mudah alih percuma di LDP akan diadakan di Hentian Sebelah Petaling Jaya dari Puchong ke arah Sunway, dari 20 – 22 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Khemah bagi pemeriksaan mudah alih Proton juga akan ditempatkan di 5 stesen Petronas yang terletak di Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan, dari 21-23 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Berikut adalah senarai lokasi mudah alih bagi pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma:

20 – 22 Jun, 10 pagi – 5 petang

Pusat Bandar

  • Hentian Sebelah LDP Highway, Bandar Sunway, Petaling Jaya (sempadan Sunway)

20 – 23 Jun, 10 pagi – 5 petang

Arah Utara

  • Stesen Petronas Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah

Arah Selatan

  • Stesen Petronas Seremban, Negeri Sembilan

Arah Pantai Timur

  • Stesen Petronas Jerteh, Terengganu
  • Petronas R&R Gambang (Sempadan Timur), Pahang
  • Stesen Petronas Gua Musang, Kelantan

Pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma ini termasuk pemeriksaan ke atas bunga dan tekanan tayar, sistem brek, operasi pedal pada brek dan klac, suspensi, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, semua suis dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, stereng, bahan pendingin dan pencuci bilah. Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan ini, pemilik Proton juga akan membawa pulang buah tangan sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.

 

Previous post

Maxus G10 SE Dilancarkan - RM153,412

Next post

Tyreplus Pelopori Khidmat Service Kereta Di Pantai Timur

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>