Cerita Auto

Lexus LC500 Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – RM940,000

Lexus Malaysia telah mengumumkan bahawa Lexus LC500 kini dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Lexus di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sejak membuat penampilan pertamanya di  2016 North American International Auto Show, LC telah mendapat permintaan yang tinggi dan pelanggan mula membuat tempahan awal untuk model tersebut. Di Jepun, sejurus selepas ia dilancarkan, bilangan tempahan yang diterima adalah bersamaan dengan tiga tahun unjuran jualan.

Lexus LC500

Berani dan berkuasa, model yang diilhamkan dari kereta konsep LF-LC itu dikuasakan oleh enjin 5.0-liter V8 yang menghasilkan 470 PS dan 530 Nm tork. Ia dipasang di kilang Motomachi di Jepun, di mana model supercar LFA dihasilkan dari 2011 hingga 2013.

Lexus LC500

Berikut adalah ringkasan harga atas jalan tanpa insurans bagi LC500:

Lexus LC500 Price

Pelanggan yang ingin menjadi antara yang pertama memiliki LC di negara ini boleh membuat tempahan di mana-mana cawangan dan pengedar Lexus di seluruh negara.

Lexus LC500

Model LC yang diimport oleh Lexus Malaysia didatangkan dengan jaminan menyeluruh selama lima tahun tanpa had perbatuan. Para pemilik juga dapat menikmati servis berjadual percuma di pusat servis Lexus untuk lima tahun pertama. Sokongan selepas jualan dengan bantuan juruteknik profesional yang terlatih pula boleh didapati di tujuh lokasi di Malaysia.

 

 

Previous post

Balik Kampung Secara Percuma Bersama Bosch

Next post

Honda EX5 Dream Fi Baharu - Kini Patuh Piawaian EURO3

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>