Cuba Try

Pandu Uji: Honda HR-V 1.8 V

Honda HR-V – nama yang semakin mendapat tempat di hati pembeli kenderaan di Malaysia sejak ia dilancarkan buat pertama kali pada bulan Februari 2015. Jika anda memandu kereta atau menunggang motosikal ke tempat kerja atau ke mana-mana sekalipun, anda pasti akan beberapi kali terserempak dengan kelibat SUV kompak ini, menunjukkan yang ia semakin popular.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di sini, HR-V ditawarkan dalam tiga varian iaitu S, E dan V dengan harga bermula dari RM101,100 (harga atas jalan termasuk insurans dan GST). Varian yang kami sempat pandu uji baru-baru ini merupakan varian V, iaitu tawaran paling lengkap di dalam barisan HR-V. Ia dijual pada harga RM121,000.

Honda HR-V Review 05

Walaupun berkongsi platform dengan Jazz, HR-V secara keseluruhannya lebih besar berbanding saudara hatchback-nya. Ia mempunyai ukuran panjang 4,294 mm, lebar 1,772 mm dan tinggi 1,605 mm, dengan jarak roda sepanjang 2,610 mm. Untuk perbandingan, Jazz berukuran panjang 3,955 mm, lebar 1,694 mm, tinggi 1,524 mm dan jarak roda 2,530 mm.

Honda HR-V Review 08

Reka bentuk luarannya pula boleh dikatakan lebih menarik berbanding Jazz. Berpandukan falsafah ‘Exciting H’, pereka bentuk Honda telah memberikan SUV ini satu karakter agresif melalui garisan-garisan yang menonjol seperti yang boleh dilihat pada muka hadapannya. Dari bahagian tepi, HR-V kelihatan gagah dengan adanya satu garisan yang ‘ditarik’ daripada pemegang pintu belakang menuju ke pintu hadapan.

Honda HR-V Review 26

Unit ini sedikit istimewa berbanding yang biasa kerana ia dilengkapi dengan pakej aksesori Sport Aero yang merangkumi bampar ‘aero’ hadapan dan belakang, hiasan pada cermin sisi serta spoiler sisi. Pakej ini boleh didapati daripada Honda Malaysia dengan harga bermula dari RM3,928.

Honda HR-V Review 18

Seperti kenderaan Honda yang lain, kabin HR-V direka dengan kemas dengan material yang terasa mewah untuk pengalaman keseluruhan yang menyenangkan. Kokpitnya jelas memfokuskan kepada pemandu dengan konsol tengah yang diletakkan sedikit tinggi dan paparan audio menghadap pemandu. Penumpang juga boleh menikmati keselesaan dengan ciri-ciri seperti lubang penyaman udara yang luas, tujuh pemegang cawan (termasuk dua di bahagian konsol tengah) dan ruang tempat duduk belakang yang cukup luas untuk memuatkan tiga penumpang dewasa.

Honda HR-V Review 23

HR-V juga sesuai digunakan untuk keluarga yang suka mengembara ke luar bandar. Ia mempunyai ruang bagasi sebesar 437 liter, manakala tempat duduk belakang boleh dikonfigurasikan ke dalam mod ‘Utility’, ‘Tall’ atau ‘Long’, bergantung kepada saiz dan bentuk kargo yang ingin dibawa.

Honda HR-V Review 24

Semasa ia dilancarkan, ada yang berpendapat bahawa ia memerlukan enjin yang lebih besar bagi menampung berat yang dibawa. Ya, enjin yang lebih besar (2.0-liter, misalnya) mampu memberikan lebih prestasi, namun selepas beberapa hari memandunya, penulis merasakan ‘jantung’ yang diberi sudah cukup memadai. 140 hp dan 172 Nm mungkin kedengaran kecil tetapi untuk pecutan di kawasan bandar serta di atas lebuh raya, enjin i-VTEC ini tidak mengecewakan.

Honda HR-V Review 14

Respon yang diberikan oleh transmisi jenis CVT itu serta masa yang diperlukan bagi menyalurkan kuasa ke roda hadapan masih boleh diperbaiki, namun untuk mengatasi masalah tersebut, HR-V didatangkan dengan mod Sport yang boleh diaktifkan melalui tuil gear. Dengan serta merta, SUV kompak itu terasa lebih ‘hidup, sekaligus menjadikan pemanduan lebih mengujakan.

Honda HR-V Review 06

Bercakap tentang pemanduan, HR-V mempunyai sifat pengendalian yang boleh dipuji. Walaupun berada agak tinggi dari paras tanah, kestabilan badan masih dapat dikekalkan dengan gulingan badan berada pada tahap minima ketika mengambil selekoh. Penulis juga merasakan stereng kuasa elektriknya mempunyai berat dan respon yang baik yang memudahkan HR-V dikemudi sama ada di jalan raya berliku mahupun di dalam kawasan bandaraya yang sesak.

Honda HR-V Review 22

Sama seperti Jazz dan City, HR-V didatangkan dengan suspensi jenis MacPherson di bahagian hadapan dan ‘torsion beam’ di belakang. Kedua-duanya mampu menyerap hentakan dengan berkesan serta mengurangkan gegaran di dalam kabin dan ketidakselesaan penumpang. Gabungan rim aloi bersaiz 17 inci dan tayar Yokohama BlueEarth E70 bukan sahaja senyap, malah memberikan lebih keyakinan di atas jalan raya dengan tahap cengkaman yang memuaskan.

Honda HR-V Review 25

Melengkapkan pakej HR-V adalah ciri-ciri keselamatan yang terdiri daripada enam beg udara, ABS, EBD serta kawalan kestabilan. Selain itu, dua cagak Isofix juga disediakan di tempat duduk belakang bagi memudahkan mereka yang mempunyai anak kecil.

Honda HR-V Review 04

Bagi penulis, HR-V merupakan sebuah kenderaan yang didatangkan dengan pakej yang lengkap yang sesuai untuk pelbagai jenis golongan pembeli. Sama ada anda bujang, berkeluarga, lasak atau relaks, ia mampu menjadi peneman setia. Selain daripada senarai kelengkapan yang menyeluruh, kualiti binaan serta material yang digunakan juga membuatkan HR-V kenderaan yang berbaloi untuk dimiliki.

Spesifikasi Honda HR-V 1.8 V
Enjin: empat silinder, i-VTEC SOHC
Kapasiti: 1,799 cc
Kuasa: 140 hp @ 6,500 rpm
Tork: 172 Nm @ 4,300 rpm
Transmisi: CVT
0-100 km/j: -
Kelajuan maksimum: -
Harga: RM121,000

 

 

 

Previous post

Siap Sedia Untuk Polo Baharu ...... Untuk Malaysia Belum Lagi

Next post

DBKL Catat 3 Juta Kilometer Dengan Biodiesel B10 Tanpa Sebarang Masalah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>