Cerita Auto

Pengeluaran Perodua Myvi Mencecah Satu Juta Unit

Perodua mencatat satu lagi peristiwa bersejarah apabila Myvi mencecah pengeluaran yang ke-sejuta, menjadikannya model Perodua yang paling banyak dikeluarkan setakat ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Myvi yang diperkenalkan buat pertama kali pada Mei 2005 menjadi model nombor satu negara sehingga penghujung 2014 dan terus menjadi antara model paling laris sehingga kini.

“Perodua Myvi telah menetapkan satu standard baru bagi kami dari segi penawaran produk serta jangkaan pelanggan dan ia merupakan penanda aras bagi semua model masa depan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Kejayaan tersebut diraikan di satu majlis khas yang diadakan di kilang pengeluaran Perodua di Sungai Choh, Rawang. Majlis itu dirasmikan oleh Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd (PCSB), Masanori Takahashi dan Naib Presiden PCSB, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Dari segi eksport, Myvi telah dijual di enam negara sejak 2006 termasuk Mauritius, Brunei, Singapura, United Kingdom, Fiji dan Nepal di bawah jenama Perodua. Namun pasaran eksport terbesar bagi model itu merupakan Indonesia, di mana ia dijual di bawah nama Daihatsu Sirion dengan catatan sebanyak 31,000 unit sejak 2007. Secara keseluruhan, syarikat itu telah mengeksport 35,400 unit Myvi/Sirion ke pasaran-pasaran tersebut.

 

Previous post

Honda NSS300 dan PCX Kini Boleh Didapati Dalam Warna Candy Caribbean Blue Sea

Next post

Hyundai Kona Sertai Segmen SUV Kompak

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>