Gaya Hidup

Renault Trafic SpaceClass Lebih Menyerupai MPV Mewah

Digunakan untuk mengangkut orang kenamaan di pameran filem tahunan, SpaceClass boleh menampung sehingga 9-orang dalam keselesaan mutlak dan dijangka tiba di Eropah Ogos ini.

Model baharu ini bertujuan untuk syarikat dan hotel yang mempunyai perkhidmatan ulang-alik ke dan dari lapangan terbang dan stesen kereta api, serta syarikat teksi dan drebar high-end.

“Trafic SpaceClass merupakan produk yang baharu yang memenuhi keperluan pelanggan mencari pemandu dan keselesaan pengalaman terbaik dalam kelasnya,” kata Ashwani Gupta, Naib Presiden Kanan, ketua global unit perniagaan Renault-Nissan Light Commercial Vehicles. “Kami memilih festival filem Cannes sebagai kali pertama untuk debut kenderaan mewah ini untuk menunjukkan bahawa ia boleh digunakan secara berkesan untuk orang kenamaan dan ahli perniagaan sehingga ke lapangan terbang.”

Jenama Perancis ini mendakwa ia menawarkan tahap yang mendahului kelasnya dari segi ruang dan keselesaan dan boleh bertukar 50 konfigurasi tempat duduk yang berbeza terima kasih kepada kerusi yang berada di atas landasan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kenderaan ini juga boleh bertukar menjadi pejabat, terima kasih kepada mejanya yang boleh ditanggalkan. Boleh didapati dengan cermin gelap, penghawa dingin, lampu membaca LED dan upholsteri kulit, serta soket plug and USB. Tempat pemandu pula, mempunyai stereng bersalut kulit dan skrin sentuh tujuh inci, yang menempatkan sat-nav dan kamera gostan.

Previous post

Fisker EMotion: Kenderaan Elektrik Tercanggih Dunia

Next post

Syoknya!!! Shopping Raya dengan Toyota

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *