Gaya Hidup

10 Finalis Galas Cabaran Subaru Car Challenge 2017 – Asian Face-Off

Motor Image Malaysia, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, telah mengumumkan 10 finalis yang akan mewakili negara di pertandingan MediaCorp Subaru Car Challenge 2017 – The Asian Face-Off  yang akan berlangsung di Singapura.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

10 pemenang tersebut terlebih dahulu mengharungi cabaran Subaru Palm Challenge 2017 – Malaysia Face-off yang berlangsung semalam di The Curve, Mutiara Damansara. Selepas 8 jam 9 minit, para pemenang berjaya mengenepikan peserta-peserta lain untuk menggalas cabaran di peringkat akhir pertandingan tersebut.

Peserta hanya perlu meletakkan tapak tangan mereka pada kenderaan sepanjang masa dan hanya diberi rehat selama lima minit setiap enam jam. Selain daripada menghadapi cuaca panas, para peserta juga berhadapan beberapa cabaran yang sukar sepanjang tempoh pertandingan tersebut.

10 finalis yang layak ke pusingan akhir adalah:

  • Mohd Khairul Quayum Bin Mohamad Yusoff
  • Yeong Shoa Yei
  • Tan Hong Sheng
  • Mohd Faizal Bin Mohd Nor
  • Mohammad Jazmi Bin Azman
  • Tan ChuanKok
  • Lai ZhuChuan
  • Sim Chong Yie
  • Kartigesu A/L Suppiah
  • Chang Wei Khang

Di Singapura, 10 pemenang tersebut akan berdepan dengan 390 peserta dari Kemboja, China, Hong Kong, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam bagi memenangi hadiah utama iaitu sebuah Subaru XV 2.0i-P. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Previous post

Polis Amerika Akan Diberi Ford Sports Truck Berkuasa 375 bhp

Next post

Isuzu Malaysia Sumbang Trak Kepada PBSM

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *